Menara Kuala Lumpur dibuka semula bermula 26 April selepas kerja penyelenggaraan dan penilaian keselamatan selesai. Operasi kini dikendalikan oleh syarikat baharu, LSH Service Master Sdn Bhd, yang komited menambah baik aspek keselamatan dan keselesaan pengunjung tempatan serta pelancong luar negara.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Menara Kuala Lumpur, Menara KL akan kembali dibuka kepada orang ramai mulai jam 9 pagi esok selepas ditutup sementara untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan aspek selamatan.
00:12Menurut kenyataan Kementerian Komunikasi, pembukaan semula ini selari dengan komitmen kerajaan madani dalam menyediakan persekitaran yang kondusif, selamat dan menyenangkan untuk pengunjung tempatan mahupun pelancong antarabangsa.
00:25Ia juga mencerminkan komitmen kerajaan terhadap kesejahteraan para pekerja yang terlibat secara langsung dalam operasi menara ikonik negara itu.
00:35Bermula 1 April lalu, pengurusan pengoperasian dan penyelenggaraan Menara KL diambil alih secara rasmi oleh syarikat LSH Service Master Sinanberhat, LSHSM.
00:47Selaku memegang konsesi baru, kerajaan turut menyasarkan peningkatan kecekapan perkhidmatan yang berorientasikan pelanggan.
00:56Dalam kenyataan sama, Kementerian memaklumkan penambahbaikan menyeluruh akan dilaksanakan secara berterusan terutama melibatkan aspek keselamatan dan keselesaan demi menarik lebih ramai pengunjung.
01:08Sebelum ini, pada 17 April, Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fazil memaklumkan penutupan Mara KL adalah langkah sementara bagi menyelesaikan isu keselamatan yang dibangkitkan.
01:20Syarikat Mara Kuala Lumpur Sinanberhat MKLSP yang beroperasi sebelum ini diarahkan mengosongkan kawasan selepas 31 Mac dengan dua notis pengosongan dikeluarkan oleh Pesuruh Jaya Tanah Persekutuan bertarikh 3 dan 9 April 2025.
01:38Terima kasih telah menonton!