Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun menikam seorang rakan sekolah hingga maut dan mencederakan tiga lagi dalam satu insiden tragik di sebuah sekolah menengah Katolik swasta, Notre-Dame-de-Toutes-Aides, di bandar Nantes, Perancis pada Khamis.
Transcript
00:00Seorang pelajar lelaki bertindak menikam seorang rakan sekolah hingga maut dan mencederakan tiga lagi dalam satu insiden tragis di sebuah sekolah menengah katolik swasta Notre Dame de Tertus di bandar Nantes, Perancis.
00:12Mangsa yang maut dilaporkan seorang pelajar perempuan manakala tiga yang cedera adalah pelajar lelaki.
00:19Pihak polis bagaimanapun belum mengesahkan umur atau jantina mangsa.
00:24Menurut juru cakap polis, guru-guru di sekolah berjaya menahan suspek yang berusia 15 tahun sebelum pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian.
00:33Siasatan awal tidak menemui sebarang petunjuk yang mengaitkan serangan ini dengan keganasan bermotifkan ideologi ekstremis.
00:42Seorang rakan sekelas suspek memberitahu remaja tersebut sebelum ini pernah menyatakan sokongan terhadap ideologi nazi.
00:49Difahamkan sebelum serangan berlaku, suspek telah menghantar email panjang kepada seluruh sekolah yang mengandungi mesej berunsur alam sekitar dan anti-globalisasi.
01:00Bagaimanapun, email itu tidak mengandungi sebarang ancaman terhadap mana-mana pihak.
01:04Pelajar-pelajar sekolah dikurung sementara di dalam bangunan selepas kejadian serangan tengah hari itu namun dibenarkan keluar pada sebelah petang di bawah kawalan polis.
01:14Menteri Dalam Negeri Perancis Bruno Ritalio menyuarakan kebimbangannya terhadap gejala keganasan remaja.
01:21Datuk Bandar Nantes Johanna Rowland dari Parti Sosialis pula menyeru agar isu kesihatan mental dalam kalangan belia diambil serius.
01:30Terima kasih telah menonton!

Recommended