Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Lintas langsung dari Washington D.C bersama wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri bagi membawakan perkembangan perbincangan mengenai isu tarif timbal balik antara delegasi Malaysia bersama Amerika Syarikat.
Transcript
00:00Baiklah, tadi seperti yang Syaf Syukri nyatakan, ingin bersama dengan saya untuk kita menganalisis semula hasil perjumpaan itu.
00:09Mungkin boleh kita dapatkan Syaf Syukri langsung dari Washington.
00:16Syaf, terima kasih masih lagi bersama kita.
00:20Syaf, mungkin kita juga nak tahu bagaimana mood antara pegawai-pegawai tadi sebelum pertemuan dengan wakil perdagangan Amerika Syarikat itu.
00:34Mungkin Syaf ada di ruang legal dan sebagainya?
00:41Baik Asim, terima kasih.
00:42Asim, seperti yang kita tahu tadi, kami sebenarnya sedikit terlambat kerana keadaan trafik yang agak sesak di Washington DC pada waktu tersebut sebentar tadi.
00:53Namun, kita berjaya untuk melihat sedikit sebelum perbincangan dimulakan.
00:59Mood persidangan itu, kalau nak dikatakan, nampak seperti satu perbincangan yang biasa akan berlaku, Asim.
01:05Di mana tidak ada ketegangan berlaku, segalanya nampak berjalan lancar.
01:10Namun, selepas itu, seperti yang Tengku Datuk Sri Zafrul sendiri katakan tadi, moodnya positif dalam perbincangan tersebut.
01:17Dan saya pasti, berapa tawaran mungkin yang telah dibentangkan tadi, yang mungkin tidak disebut secara khusus atau secara langsung oleh Tengku Datuk Sri Zafrul Abdul Aziz.
01:27Saya yakin berjalan dengan lancar kerana beliau ada menyebut akan ada pertemuan susulan, perjumpaan susulan.
01:33Susulan daripada perjumpaan yang pertama sebentar tadi, Asim.
01:36Baik, Syaf, bukan sahaja Malaysia yang mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat di Washington itu.
01:43Mungkin negara-negara lain yang sebelum ini ada laporannya seperti Korea Selatan dan negara-negara lain untuk melihat kepada tarif timbal balik yang dilaksanakan oleh Presiden Donald Trump.
01:55Dan juga Syaf, adakah kita, jika semalam Syaf ada menemu bual Tengku Datuk Sri Zafrul yang mengatakan perbincangan kali ini dan rundingan kali ini dengan
02:13wakil perdagangan Amerika Syarikat adalah bukan untuk seorang sahaja yang menang tetapi adalah win-win situasi.
02:21Maksudnya, kita adalah rakan dagangan yang boleh diharapkan oleh mereka dan mereka pun, kita pun mengharapkan daripada Amerika Syarikat.
02:31Dan bagaimana kita melihat kepada situasi itu, Syaf?
02:34Baik, Asim. Di sebalik orang kata situasi perang dagang yang berlaku ataupun terus memuncak pada ketika ini
02:44walaupun berlaku pemberhentian sementara atau pause sementara 90 hari sebelum sebarang keputusan dibuat oleh White House
02:53secara spesifiknya oleh Presiden Donald Trump.
02:55Kita tahu banyak negara kalau diikutkan laporan terkini dibawakan di astrowni.com
03:01di mana Donald Trump sendiri berkata setakat ini 90 negara telah tampil untuk sama-sama melakukan perbincangan
03:08melihat kepada tarif timbal balik yang diumumkan oleh Amerika Syarikat.
03:13Saya ada sentuh juga beberapa hari lalu, Asim, beberapa negara berada di Washington sebelum ini
03:19untuk mengadakan pertemuan secara khusus dengan pihak perdagangan Amerika Syarikat
03:23di mana Jepun telah, orang kata, dapat kesempatan untuk bertemu secara langsung dengan Presiden Donald Trump
03:30untuk meneruskan agenda perbincangan dalam memastikan tarif yang diumumkan ini
03:34akan boleh mendatangkan win-win situation kepada mana-mana negara.
03:38Dan itu juga matlamat Malaysia untuk berada di sini, Asim.
03:42Seperti yang disebut oleh Tengku Datuk Sri Zafrul, kita berada di sini ataupun delegasi Malaysia secara spesifiknya
03:47berada di Washington DC bukan untuk mengikat apa-apa perjanjian
03:51namun untuk mengadakan perbincangan dan juga rundingan mencari titik temu
03:55di mana kesepakatan mungkin boleh dimina dalam situasi memberikan kemenangan kepada dua-dua pihak.
04:01Kerana kedua-dua pihak ini, kalau nak dilihatkan, seperti yang saya ada sentuh juga dengan Tengku Datuk Sri Zafrul sendiri
04:08kalau nak dilihat, defisit perdagangan antara Malaysia dan juga Amerika Syarikat
04:12antara salah satu faktor penyumbang kepada berlakunya angka defisit itu
04:16ialah di mana banyak syarikat-syarikat yang berasal daripada Amerika Syarikat
04:21berpangkalan di sini secara spesifiknya membuka syarikat mereka di Malaysia.
04:25Oleh itu, bahan-bahan yang dieksport dari Malaysia ke Amerika Syarikat
04:30dan diimport masuk dari Malaysia itu adalah barang-barang yang dikeluarkan sendiri
04:35oleh syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat.
04:37Jadi penjelasan itu perlu dilakukan bagi membolehkan pihak Amerika Syarikat sendiri
04:41memahami situasi sebenar disebalik mengenakan tarif 24% tersebut, Asim.
04:46Dan dalam masa yang sama, saya pasti perjumpaan itu juga menyentuh
04:49mengenai beberapa isu-isu yang kritikal kalau kita lihat pada ketika ini
04:53kerana unjuran terhadap kesan langsung daripada pengumuman tarif 24% itu
04:59walaupun 24% itu angkanya besar, Asim, ia memberikan kesan jangka pendek
05:05dan kesan jangka panjang yang drastik sekiranya ia direalisasikan
05:08selepas tempoh 90 hari nanti tamat, Asim.
05:11Antaranya, antara unjuran yang dikeluarkan ialah kesan jangka panjang
05:16terhadap tarif 24% ke atas eksport Malaysia, antaranya ialah pengecutan eksport
05:21KDNK dan pekerjaan dan juga tekanan terhadap mata wang.
05:25Kita tahu baru-baru ini juga ya, International Monetary Fund, IMF
05:29telah mengeluarkan unjuran KDNK bagi Malaysia untuk tahun 2025 kepada 4.1%
05:36dan saya secara, kalau dilihat kepada pembacaan terhadap artikel tersebut
05:42kita yakin bahawa ia diunjurkan berdasarkan kepada keadaan semasa
05:46dan bagaimana Malaysia mampu membina ketahanan untuk mendepani
05:50situasi yang tidak menentu pada ketika ini
05:52kerana kita tahu, uncertainties ataupun ketidak ketentuan
05:56adalah satu perkataan yang tidak baik dalam elemen perniagaan.
06:00Jadi, seterusnya, Asim ya, selain daripada itu
06:02kalau kita pikirkan juga ya, 24% ini
06:04angka yang cukup besar untuk kesan jangka panjang
06:07kita dapat lihat ia akan menyebabkan mood kelesuan pelaburan masuk ke Malaysia
06:13dan tarif yang berpanjangan sebenarnya boleh menjejaskan pelaburan swasta
06:17dalam industri berorientasikan ekspor
06:20sekaligus mengalihkan aliran modal ke negara ASEAN lain yang kurang terkesan.
06:26Selain itu juga, antara perkara lain-lain yang perlu dipandang serius
06:29ialah defisit struktur dan antara beberapa sektor yang berisiko tinggi
06:35berdepan dengan orang kata risiko yang besar
06:38sekiranya tarif 24% ini dilaksanakan
06:41antaranya ialah sektor E&E, elektronik
06:44di mana ketika ini ia menyumbang kira-kira 35%
06:48daripada ekspor Malaysia ke Amerika Syarikat
06:50dan sekiranya ia direalisasikan
06:53selepas tempoh 90 hari nanti
06:55ia sekaligus boleh mengganggu
06:56rantaian bekalan semikonduktor yang penting
06:59kepada firma teknologi di Amerika Syarikat
07:00dan kita juga perlu lihat kepada industri minyak sawit
07:04secara spesifiknya kerana kita tahu
07:06tarif 24% ini akan memburukkan lagi sekatan sedia ada
07:10yang telah dilakukan oleh Kesatuan Eropah ataupun EU
07:13dan ini sekaligus sekiranya berlaku
07:16ia boleh menjejaskan ekspor tahunan
07:18bernilai 52.5 bilion ringgit ekspor minyak sawit ke Amerika Syarikat
07:23jadi ASEAN pastinya ini antara risiko
07:27ataupun penilaian yang telah dilakukan
07:29dengan cekap oleh pihak Malaysia sendiri
07:31sebelum sebarang rundingan diadakan
07:34bersama dengan USTR ataupun dengan Amerika Syarikat
07:36secara spesifiknya
07:37dan kita secara tegasnya melihat kepada situasi win-win
07:41bagi memastikan tidak ada pihak yang akan terkesan
07:44sekiranya tarif ini dilancarkan
07:47namun kita tidak tahu selepas 90 hari
07:48adakah akan berlaku U-turn atau sebaliknya
07:51itu semua bergantung
07:52selepas tempoh 90 hari
07:55sesi pause ini
07:57yang diumumkan oleh Donald Trump sebelum ini
07:59dan ini akan dapat dilihat pada 9 Julai nanti asing
08:02Baik Syaf, selain daripada kita bercakap tentang
08:05isu tarif timbal balik dalam lawatan
08:08Menteri MITI itu sendiri
08:11dalam masa yang sama
08:13jika semalam dan juga tadi
08:15Menteri MITI Tengku Datuk Si Zafru bergegas
08:18bertemu dengan Secretary of Commerce
08:22dan juga sebelum itu berjumpa dengan Amazon, Google dan sebagainya
08:26dalam masa kita melihat kepada tarif timbal balik ini
08:30ini juga adalah peluang untuk Menteri MITI itu
08:33meyakinkan pelabur-pelabur syarikat-syarikat besar di Amerika Syarikat itu
08:39untuk mungkin melabur ke Malaysia dan sebagainya
08:42Betul lah Sim, sebenarnya pertemuan-pertemuan itu dirancang
08:50bersama dengan pemain industri
08:52yang mungkin dah bertapak di Amerika Syarikat
08:54ataupun syarikat-syarikat yang berasal dari Amerika Syarikat
08:57namun mempunyai anak syarikat di Malaysia
08:59dan beberapa pertemuan ini diatur
09:01bagi mendapatkan situasi dan juga gambaran sebenar
09:04mengenai situasi yang berlaku
09:07selepas pengumuman tarif timbal balik 24% ke atas Malaysia itu
09:10dan bagaimana dengan penerangan itu
09:12sebenarnya kalau apa yang diterangkan kepada saya semalam
09:14bagaimana dengan penerangan dan juga
09:16campur pendapat yang dikongsi bersama dengan pemegang-pemegang taruh
09:20yang ditemui dalam tempoh 2 hari lepas
09:22boleh dibawa sebagai satu usul yang kuat dalam Malaysia
09:26untuk Malaysia sebelum mengadakan pertemuan dengan wakil USTR
09:30Jameson Grier itu
09:31dan itu sebenarnya satu saya kira pertemuan yang kritikal
09:37dalam kita memahami situasi sebenar
09:39apa antara unjuran ataupun jangkaan kepada situasi ini
09:44sekiranya ia betul direalisasikan ataupun tidak
09:46dan bagaimana ia boleh membantu Malaysia dalam mencapai kesepakatan
09:50sebelum mengadakan pertemuan dengan wakil USTR itu sendiri
09:53dan semalam sebenarnya sewaktu bertemu dengan Amazon Web Services
09:56kami berada sekali
09:57namun dalam sesi perbincangan itu
10:00beberapa perkara yang kritikal sebenarnya dibincangkan
10:03namun ia tidak dikongsikan secara umum
10:05tapi itulah sebenarnya Asim ya
10:07pertemuan itu berlangsung dalam erti kata lain
10:09dalam bagi mendapatkan perkongsian dan juga pencerahan
10:14daripada pemain-pemain industri di sini
10:15yang mempunyai pelaburan yang penting di Malaysia
10:18dalam kita mempersiapkan
10:20orang kata mempersiapkan isi itu
10:23sebelum kita nak bertemu dengan wakil USTR
10:26di Washington DC ni Asim
10:27Terima kasih kerana menonton!
10:29Terima kasih kerana menonton!

Recommended