Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
AWANI Borneo Khamis, 24 April 2025 bersama Assim Hassan

1. SPM 2024: Sarawak catat GPN 4.84, tertinggi sejak 2013

2. Sarawak bakal tingkat kapasiti janaan tenaga di Kalimantan Barat

3. Kerajaan Sabah katakan tidak kepada sumber tenaga arang batu

Category

🗞
News
Transcript
00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera anda bersama saya Asim Hassan dalam Awani Borneo berikut tajuk utama untuk anda malam ini.
00:18Sarawak catat GPN 4.84 tertinggi sejak 2013.
00:23Sarawak bakal tingkat kapasiti janaan tenaga di Kalimantan Barat.
00:33Juga kerajaan Sabah katakan tidak kepada sumber tenaga arang batu.
00:38Seramai 14,179 calon sijil pelajaran Malaysia SPM 2024 atau 3.7% memperoleh keputusan cemerlang.
00:55Keputusan tersebut merangkumi grade A tambah A dan A tolak dalam semua mata pelajaran.
01:02Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan berkata angka ini menunjukkan peningkatan lebih baik berbanding tahun 2023 iaitu 11,713 calon atau 3.1%.
01:14Suka cita juga saya maklumkan bilangan calon yang memperoleh keputusan cemerlang iaitu grade A tambah A dan A tolak dalam semua mata pelajaran yang diduduki.
01:30Suka saya maklumkan bahawa ianya telah meningkat dari 11,713 calon iaitu 3.1% pada tahun 2023 telah meningkat kepada 14,179 calon iaitu 3.7% pada tahun 2024.
01:54Maknanya ianya menunjukkan peningkatan sebanyak 2,466 calon iaitu peningkatan kosong perpuluhan 6%.
02:04Pencapaian calon SPM 2024 ini katanya adalah lebih baik apabila merekodkan grade perata kebangsaan GPK sebanyak 4.49 berbanding 4.60 pada tahun sebelumnya.
02:16Azmar berkata seramai 353,933 calon iaitu 94.0% calon SPM 2024 layak menerima sijil berbanding 349,197 atas 93.5% calon SPM 2023.
02:31Belanggan calon yang bendaftar untuk menduduki perpuluhan SPM 2024 adalah seramai 402,918 calon berbanding 395,924 calon SPM tahun 2023 iaitu pertambahan sebanyak 6,994 calon atau 1.7%.
02:48Sementara itu Sarawak merekodkan pencapaian meningkat dalam SPM tahun 2024 dengan pencapaian grade perata 4.84 berbanding 4.92 pada tahun sebelumnya.
03:04Ia juga pencapaian terbaik yang pernah direkodkan Sarawak sejak 11 tahun lalu.
03:08Menteri Pendidikan Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Sri Roland Sagahwi In berkata pencapaian positif ini juga direkodkan oleh pelajar di bandar dan luar bandar yang sekaligus menunjukkan usaha merapatkan jurang pendidikan di antara dua kawasan tersebut terus membuahkan hasil.
03:28Mengikut lokasi di mana student kita berada, pencapaian calon bandar mempamerkan peningkatan sebanyak 0.08 mata iaitu 4.46 pada tahun 2024 berbanding 4.54 pada tahun 2023.
03:54Pencapaian calon bandar mempamerkan pencapaian calon bandar mempamerkan pencapaian calon bandar juga meningkat sebanyak 0.07 mata iaitu 5.11 pada tahun 2024 berbanding 5.18 pada tahun 2023.
04:16Ini merupakan suatu perkembangan positif kerana kita memangnya berusaha untuk merapatkan jurang polirasi antara bandar dan luar bandar.
04:32Bila berkata demikian dalam sidang media pengumuman keputusan SPM 2024 peringkat negeri Sarawak di Kuching pada Kamis.
04:39Berbanding keputusan SPM 2023, prestasi mata pelajaran utama menunjukkan peningkatan dengan bahasa Inggeris sebanyak 0.18 mata, bahasa Melayu 0.17 mata, pendidikan Islam 0.16 mata, sains 0.14 mata dan matematik 0.05 mata.
04:58821 calon daripada 30,341 calon yang layak mendapat sijil memperoleh keputusan SEMOE bagi setiap mata pelajaran yang diduduki.
05:14Keputusan sudah ditangan, kini bukan masanya untuk menolih ke belakang, sebaliknya mengorak langkah ke hadapan.
05:22Perjalanan masih jauh, masih ada banyak masa dan ruang untuk memperbaiki diri.
05:28Bagi pelajar Muhammad Ashraf Abdullah berada di kelas terakhir, tidak bermakna tercorot.
05:34Sebaliknya, dia membuktikan dirinya mampu meraih 3A dalam subjek Bahasa Melayu, Reka Cipta dan Matematik.
05:41Cita-citanya untuk menjadi jutera tidak pernah terpadam.
05:58Bagi Nur Afshah Himai Yasmin Muhammad Zaffir Abdul Rahman, walaupun sudah berusaha sebaik mungkin, namun rezeki masih belum memihak kepada dirinya.
06:13Tekadnya untuk terus bangkit dari kegagalan demi mencorak masa hadapan yang lebih cerah.
06:19Masalah dalaman keluarga dikenapasti sebagai punca utama yang menyumbang kepada keciciran dalam kalangan calon SPM di Sabah.
06:47Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin memaklumkan, ada pelajar yang terpaksa meninggalkan sekolah kerana beban hidup dan terpaksa bekerja demi menyara keluarga.
06:58Kita telah mengenal pasti calon-calon yang tidak hadir ke sekolah, tidak mengadu pesan ispirin dan antaranya adalah berpaksa pada masalah berga murid sendiri.
07:11Dalam kalangan murid itu ada yang terpaksa bekerja untuk menyara kehidupan dan sebagainya.
07:17Dan ada juga yang telah mendirikan rumah tangga yang ini kita dapat elakkan.
07:21Tetapi dengan usaha bersungguh-sungguh kita untuk menziarahi anak-anak murid ini, akhirnya kita dapat mengurangkan jumlah perkenaan.
07:30Secara keseluruhannya, punca utama anak-anak ini terhadap sekolah ialah faktor dalam keluarga itu sendirilah.
07:37Jelas Raisin pelbagai usaha telah dilakukan termasuk menziarahi dan memujuk calon terlibat.
07:45Walaupun ada calon yang telah bekerja, namun pihaknya turut menghantar soalan peperiksaan terus kepada mereka bagi memastikan tidak terputus dengan sistem pendidikan.
07:55Apa yang kita buat ialah walaupun kita telah mengetahui calon itu telah pun bekerja,
08:00tetapi sekolah telah mengambil inisiatif untuk menghantar soalan-soalan peperiksaan penggal kepada anak-anak murid-murid kenaan
08:10dan akhirnya mereka itu akan datang ke Dewan Periksaan setelah kita memberikan penambah punjukan kepada mereka.
08:20Dia tidak mengira tempat, di bandar pun ada juga, di luar bandar pun ada juga sebab kita agak sedih juga lah simpati kerana kebanyakan mereka adalah kumpulan B40.
08:33Raisin turut menyatakan kes keciciran pelajar ini berlaku baik di bandar maupun luar bandar.
08:39Malah seberian besar daripadanya terdiri daripada golongan B40 yang memerlukan sokongan serta intervensi segera.
08:46Sarawak dijangka meningkatkan kapasiti janaan tenaganya di Kalimantan Barat.
08:53Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johariton Oping berkata, perkara itu adalah sebahagian daripada grid ASEAN dan sedang diperhalusi.
09:01This is part of the ASEAN grid and we have been supplying to our friends in Kalimantan Barat, power from Sarawak, Kalimantan Barat, since 2016.
09:20And that is the proposal to increase the power generation to our name.
09:26The reason that the party you may be asking why we send power to our neighbor, whether Sarawak is enough or not.
09:35Of course we have to look after ourselves.
09:39We have installed capacity of green energy to hydro, 7 gigawatt.
09:46and we are at the moment consuming about 6 gigawatt.
09:52By 2030 we are increasing the supply to 10 gigawatt.
09:58And by 2030 we are looking into the target of 15 gigawatt.
10:06And this energy is based on hydro, solar, as well as using hydrogen.
10:17Because we are extracting hydrogen from water.
10:21Water is H2O.
10:23What you do is just extract hydrogen.
10:25And this becomes what we call renewable energy that we share with our member countries, ASEAN.
10:33Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat Majlis Komuniti Sosial Kebudayaan ASEAN ke-33 di Kuching.
10:41Teruk hadir Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Sri Tiong King Singh dan Sosial Agong ASEAN Kau Kim Hon.
10:46Untuk rekod ketika ini, Sarawak membekalkan tenaga kepada Sabah, Brunei dan Singapura.
10:54Kerajaan Sabah masih berpegang kepada pendirian untuk tidak menggunakan sumber tenaga berasaskan arang batu.
11:00Melainkan, jika tiada pilihan lain, Menteri Kewangan Sabah Datuk Sri Masini Manjun menegaskan,
11:08biarpun arang batu mampu menjadi penyelesaian segera kepada beberapa isu bekalan tenaga,
11:14tetapi risiko terhadap alam sekitar terlalu besar untuk diambil ringan.
11:18Jelas masih di kelangsungan dan kelestarian alam sekitar adalah keutamaan kerajaan
11:25dalam menentukan halatuju tenaga Sabah,
11:28meskipun terpaksa mengorbankan potensi sumber yang dilihat menguntungkan negeri.
11:48Mas Sidi berkata demikian sewaktu ditemui di Majlis Persidangan Tenaga Boleh Baru Sabah 2025 di Kota Kinabalu.
12:18Perbincangan bersama rakan komponen dalam kerajaan gabungan Sabah
12:24bagi menghadapi pilihan raya negeri ke-17 PRN-17 akan dilakukan dengan penuh teliti dan semangat kerjasama.
12:31Setiausaha agung GRS Datuk Sri Masini Manjun mengakui konsep keadilan dalam politik sukar ditentukan secara mutlak.
12:48Jelasnya setiap parti komponen dalam gabungan perlu bersedia untuk membuat pengorbanan
13:14demi menjamin kestabilan yang berterusan di negeri ini.
13:44Mas Sidi yang juga Menteri Kewangan Sabah menegaskan apa yang lebih penting adalah
14:04memastikan kemenangan untuk menjamin kerajaan yang stabil dan berdaya tahan di Sabah.
14:10Baiklah laporan itu mengakhiri Awani Borneo untuk hari ini.
14:16Saya Asim Hassan, salam hormat kita jumpa lagi.
14:18Terima kasih telah menonton!
14:24Terima kasih telah menonton!
14:25Terima kasih telah menonton!

Recommended