Ketua Pegawai Eksekutif Boeing beri jaminan syarikat kekal kukuh meskipun berdepan cabaran perang perdagangan AS-China, selepas lapor kerugian lebih kecil dan pengeluaran jet yang meningkat.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Ketua Pegawai Eksekutif Boeing memberi jaminan bahawa syarikat penerbangan itu akan terus melindungi proses pemulihannya daripada kesan perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan Cina.
00:10Kenyataan itu dibuat selepas Boeing melaporkan kerugian suku tahunan yang lebih kecil daripada jangkaan disokong peningkatan dalam pengeluaran pesawat sekaligus mendorong saham syarikat naik 6% dalam dagangan tengah hari.
00:24Kesan perang perdagangan menyaksikan dua pesawat Boeing yang sepatutnya dihantar ke Cina dipulangkan semula.
00:31Namun, Oddberg menyatakan bahawa Boeing masih mampu mengurangkan kesan tarif yang lebih meluas dan bersedia mengalihkan penghantaran pesawat ke syarikat penerbangan lain yang kini menunjukkan permintaan tinggi.
00:41Boeing pada asalnya merancang untuk menghantar sekitar 50 pesawat ke Cina tahun ini dengan pesanan dari syarikat penerbangan Cina merangkumi kira-kira 10% daripada jumlah tempahan komersial Boeing.
00:51Sementara itu, syarikat itu turut berdepan bayaran tarif sebanyak 10% ke atas komponen diimport dari negara seperti Jepun dan Itali namun menjangkakan akan memulihkan semula kos tersebut melalui ekspor pesawat yang menggunakan komponen berkenaan.
01:03Perang perdagangan ini menambah tekanan baharu kepada Boeing yang sebelum ini berdepan masalah kualiti dalaman serta mogok besar-besaran pada 2024 yang menghentikan sebahagian besar pengeluaran pesawat mereka.