Nasib sama ada ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin akan dibebaskan atau diperintah membela diri atas kes pengabaian kanak-kanak autisme itu, di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, ditetapkan pada 21 Julai depan, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Hakim Dr Syahliza Warnoh menetapkan tarikh berkenaan selepas pihak pendakwaan memaklumkan bahawa, prosiding perbicaraan kes telah selesai dan mereka menutup kes berkenaan pada Khamis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724784/berita/semasa/bela-diri-atau-bebas-nasib-ibu-bapa-zayn-rayyan-21-julai-depan
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #KesZaynRayyan #IbuBapaZaynRayyan

Category
🗞
NewsTranscript
00:00Nasib sama ada ibu bapa Zerayan Abdul Martin akan dibebaskan atau diperintah membela diri atas kes pengabayan kanak-kanak autism itu di Mahkamah Seksyen Petaling Jaya ditetapkan pada 21 Julai depan.
00:17Hakim Dr. Syahliza Warnuh menetapkan tarikh berkenaan selepas pihak pendawaan memaklumkan bahawa prosiding perbicaraan kes telah selesai dan mereka menutup kes berkenaan pada Kamis.
00:30Seramai 28 saksi pendawaan telah dipanggil memberi keterangan terhadap Zahim Ikhwan Zahari dan istrinya Ismanira Abdul Manaf dalam perbicaraan yang berlangsung selama 20 hari bermula 4 Februari lalu.
00:43Hakim turut menetapkan 23 Mei depan untuk penghujahan bertulis sementara penghujahan balas pada 6 Jun.
00:51Mahkamah bercadang keputusan dibuat serentak dengan tarikh bicara sekiranya mereka diperintah untuk membela diri.
00:58Sepanjang perbicaraan antara saksi yang dipanggil ialah dua kanak-kanak masing-masing berusia 10 tahun, Dr. Bedah Siasat Zing Ryan, Pakar Perubatan Perubatan Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Pulau.
01:13Pada 13 Jun tahun lalu, pasangan suami seri itu mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pengabayan terhadap anak mereka di Mahkamah Seksyen Petalin Jaya.
01:24Terima kasih telah menonton!
01:26Terima kasih telah menonton!