Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Lelaki warga Thailand direman disyaki liwat, cabul

Seorang lelaki warga Thailand direman tujuh hari bermula Rabu bagi membantu siasatan kes meliwat dan mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun tiga tahun lalu.

Perintah reman ke atas suspek berusia 28 tahun itu dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani sehingga Selasa depan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.

Sumber berkata, perbuatan jijik suspek didakwa terbongkar selepas mangsa yang kini berusia 13 tahun menceritakan perbuatan jahat suspek kepada ibunya berusia 35 tahun ketika menghubungi wanita itu pada minggu lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724570/berita/semasa/lelaki-thailand-direman-kes-liwat-cabul-pelajar

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #kescabulliwat #mahkamah #Melaka


Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang lelaki warga Thailand di reman tujuh hari bermula Rabu
00:03bagi membantu siasatan kes meliwat dan mencabur seorang kanak-kanak lelaki
00:08berusia 10 tahun 3 tahun lalu.
00:11Perintah Rehman ke atas suspek berusia 28 tahun itu dikeluarkan
00:15Magistrat Uthman Abdul Ghani sehingga selasa depan bagi membolehkan
00:19siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 14-A Akta Kesalahan-Kesalahan
00:25Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
00:27Sumber berkata perbuatan jijik suspek didakwa terbongkar selepas mangsa
00:33yang kini berusia 13 tahun menceritakan perbuatan jahat suspek kepada ibunya
00:38berusia 35 tahun ketika menghubungi wanita itu pada minggu lalu.
00:44Menurutnya, mangsa secara tiba-tiba memberitahu mahu pulang dan menetap
00:48bersama wanita tersebut di Kuala Lumpur kerana mendakwa tidak sanggup
00:52terus-menerus menjadi hamba liwat suspek yang juga guru agamanya
00:56sejak berusia 10 tahun.
00:59Kata sumber, mangsa mendakwa, insiden pertama berlaku pada waktu malam
01:03sekitar Ogos 2022 dalam sebuah kelas Akademi Al-Quran di Perak
01:08ketika mangsa mengikuti pengajian di sana.
01:12Jelasnya, mangsa juga telah dibawa tinggal bersama suspek di masjid
01:16di Bukit Rambai kononnya untuk meneruskan pengajian di masjid berkenaan
01:20tanpa pengetahuan ibunya sejak tahun lalu.
01:23Namun dalam tempoh itu, tiada sebarang pengajian dilakukan dan mangsa
01:27terpaksa tinggal berdua dengan suspek di dalam sebuah bilik masjid tersebut
01:31kerana suspek bertugas sebagai imam di masjid itu.
01:35Mangsa mendakwa sering menjadi mangsa pemuas nafsu song sang suspek
01:39sehingga kanak-kanak itu berasa trauma.
01:42Mangsa sebelum ini tidak berani menceritakan hal itu kepada sesiapa
01:46kerana suspek pernah mengugut mangsa sebelum diambil oleh ibunya
01:50untuk tinggal bersama.
01:52Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah,
01:55Asisten Komisional Christopher Patit ketika dihubungi,
01:59mengesahkan laporan kes berkenaan selepas wanita terbabit
02:02membuat laporan polis pada Khamis.

Recommended