Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Tukang cuci didakwa cabul rakan wanita

Seorang tukang cuci didakwa di Mahkamah Sesyen di Alor Gajah pada Rabu atas tuduhan mencabul kehormatan rakan wanitanya di bilik rehat sebuah kilang, minggu lalu.

Tertuduh, Azizul Hamis @ Jainy, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Aiza Kamaruddin.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724586/edisi/melaka-ns/tukang-cuci-didakwa-cabul-rakan-wanita

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #AlorGajah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang tukang cuci didakwa di Mahkamah Sesen Alur Gajah pada Rabu atas tuduhan mencabul kehormatan rakan wanitanya di bilik rehat sebuah kilang minggu lalu.
00:10Tertuduh Azizul Hamis Alayas Jeni, 40 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Aizah Kamaruddin.
00:19Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan mangsa yang berusia 21 tahun di bilik rehat sebuah kilang di Simpang Ampat kira-kira jam 3.30 petang pada Jumaat lalu.
00:35Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan denda dan sebat atau mana-mana dua seksaan tersebut jika disabitkan kesalahan.
00:50Peguam tertuduh memohon jaminan rendah kerana anak guamnya hanya bekerja sebagai tukang cuci dengan pendapatan RM1,500 sebulan dan perlu menanggung dua orang anak yang masih kecil, termasuk seorang bayi berusia 5 bulan, manakala istrinya turut bekerja sebagai tukang cuci.
01:08Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh dengan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta perlu melapor diri pada minggu pertama setiap bulan di balai polis berhampiran.
01:23Kes akan disebut semula pada 10 Jun depan.

Recommended