Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz meneruskan misi penting di Washington bagi mengelakkan tarif 24 peratus dikenakan terhadap produk Malaysia. Rundingan selama empat hari ini walaupun mungkin tidak mencapai persetujuan muktamad, telah membuka ruang dialog yang konstruktif antara kedua-dua negara. Laporan eksklusif bersama wartawan Syaf Shukri yang mengikuti delegasi secara langsung dari Washington.
Transcript
00:00Delegasi Malaysia meneruskan misi berunding dengan Washington bagi memastikan tarif 24% tidak dikenakan terhadap Malaysia.
00:08Pada Rabu, Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,
00:14rundingan empat hari itu mungkin tidak mencapai persetujuan langsung.
00:18Namun ia mempunyai jalan penting untuk pemahaman kedua-dua pihak.
00:21Rakan Sugas Syaf Syukri berada di Washington bersama delegasi Malaysia.
00:30Terima kasih Rakan Sugas di Bukit Jalil dan ini merupakan hari kedua pertemuan di antara delegasi Malaysia
00:36bersama dengan pihak-pihak berkepentingan di Amerika Syarikat ataupun secara spesifiknya di Washington DC ini
00:42bagi membincangkan isu tarif timbal balik yang diumumkan oleh Presiden Donald Trump pada awal April lalu.
00:48Dan semalam beberapa pertemuan diatur antaranya bersama dengan Google dan juga Jabatan Negara Amerika Syarikat
00:54dan hari ini saya berkesempatan juga untuk turut serta dalam satu pertemuan yang saya kira cukup penting
01:00untuk hari kedua ini di mana delegasi Malaysia telah mengadakan pertemuan dengan Amazon Web Services
01:07ataupun AWS. Selain itu juga ya, Web Services maaf. Selain itu juga pertemuan bersama dengan Brookings
01:15dan juga Heritage Foundation turut berlangsung pada hari ini sebelum acara kemuncak yang dijadual pada esok hari
01:2124 hari bulan April ini bersama dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat USTR iaitu Jamison Grier
01:28dan kita nak bercakap dengan lebih lanjut ya mengenai apakah sebenarnya bentuk rundingan
01:34apakah sebenarnya bentuk perbincangan yang dilakukan oleh Malaysia dalam setiap pertemuan bersama dengan pihak-pihak berkepentingan di Amerika Syarikat
01:42dan apakah yang akan diusulkan esok dalam pertemuan bersama dengan Jamison Grier
01:46dan saya tak nak bercakap panjang, saya nak bersama dengan salah seorang individu yang cukup penting
01:52terlibat secara langsung dalam setiap pertemuan dan juga perbincangan
01:56sepanjang berada di Washington DC Amerika Syarikat ini kita bersama dengan Puan Mastura Ahmad Mustafa
02:01Timbalan Ketua Seti Usu Perdagangan, Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri
02:06Assalamualaikum Puan
02:07Assalamualaikum
02:08Baik Puan Mastura, Puan Mastura pastinya telah terlibat dengan banyak pertemuan-pertemuan sebelum ini
02:12perbincangan-perbincangan di peringkat tertinggi
02:15dan ini merupakan satu situasi unprecedented event kita tahu
02:18di mana Donald Trump mengumumkan tarif timbal balik, reciprocal tarif 24% ke atas Malaysia
02:23pada awal yang pernah lalu
02:24jadi Puan mungkin Puan boleh bawa kita bersama ya
02:27dalam perbincangan sejak beberapa hari ini di Amerika Syarikat
02:30apakah antara tumpuan utama dan juga mungkin boleh kongsikan
02:33apa antara tawaran yang Malaysia berikan kepada Amerika Syarikat
02:36dalam menangani isu ini Puan
02:38Kemuncak pada pertemuan adalah esok pada 24 hari bulan di mana kita akan berjumpa dengan wakil perdagangan
02:46Amerika Syarikat iaitu Ambassador Greer di mana pada masa itulah kita sebenarnya akan membentangkan
02:56tawaran-tawaran yang boleh dibuat oleh negara bagi kita mencari penyelesaian kepada perkara ini
03:06apa yang kami telah laksanakan dua tiga hari ini kebanyakannya ialah perjumpaan diadakan bersama dengan pihak-pihak atau syarikat-syarikat Amerika
03:17yang mempunyai anak syarikat di Malaysia dan juga think tank
03:24supaya kami ingin mendapatkan the feeling orang katakan dekat sini
03:30terutamanya apabila Malaysia bukanlah salah satunya negara yang datang untuk mengadakan perbincangan, runingan
03:37terdapat beberapa negara lagi telah berada dan masih berada di Washington ini untuk turut membentangkan tawaran masing-masing kepada Amerika Syarikat
03:48jadi pertemuan-pertemuan ini supaya kita dapat feedback, maklum balas
03:55kerana sebenarnya sehingga kini semua orang masih lagi tidak ada kepastian
04:00apakah yang boleh ataupun akan diputuskan oleh pentadbiran Trump apabila 90 days pause itu tamat pada 9 Julai ini
04:14Baik Puan Mas, saya nak tanya, melihat kepada perbincangan yang berlangsung ini
04:20mungkin apa antara tawaran menarik yang boleh ditawarkan oleh Malaysia dalam
04:24mungkin orang kata kita nak berhajat kalau boleh nak minta Amerika Syarikat mengurangkan tarif ini
04:30ataupun menghapuskan tarif timbal balas kepada Malaysia ini
04:33jadi apa antara tawaran yang mungkin boleh ditawarkan oleh pihak Malaysia sendiri
04:37kalau Puan boleh kongsikan
04:39Kalau kita tengok objektif kenapa pentadbiran Trump mengenakan tarif timbal balas ini
04:47adalah untuk pada dia terdapat halangan-halangan perdagangan yang menyebabkan
04:54barangan US sukar untuk masuk ke negara-negara rakan dagang mereka
05:00dan yang paling utama apa yang dikatakan defisit perdagangan
05:04jadi kerana itu kita akan cuba menawarkan inisiatif-inisiatif yang boleh membantu
05:14dalam mengurangkan defisit perdagangan dengan US ini lah
05:18jadi kita akan lihat lah apakah yang pada masa ini
05:23yang menghalang kemasukan, aliran kemasukan barangan Amerika Syarikat ke negara kita
05:30tetapi kalau kita tengok dari segi tarif kan
05:33sebenarnya yang telah dimaklumkan sebelum ni
05:35average ataupun purata pengenaan applied tarif kita
05:40untuk barangan-barangan import pada tahap 5.6% sahaja
05:45so dia punya gap untuk kita negotiate tu agak kurang
05:48jadi kita juga akan melihat perkara-perkara lain lah
05:51dan pada masa yang sama kita juga lihat
05:54apa yang dikatakan sebagai halangan bukan tarif
05:57halangan bukan tarif ni sebenarnya kalau kita tengok pun
06:01dia sebenarnya lebih tertumpuk pada apa yang dikatakan
06:06ease of doing business
06:08jadi sebenarnya walaupun kita kata macam kita tawarkan dekat US pun
06:12sebenarnya dia membantu dalam memperkemaskan
06:17atau memperbaiki ease of doing business dalam negara kita lah
06:24supaya kita lebih kompetitif bukan sahaja dengan Amerika Syarikat
06:29tetapi juga dengan negara-negara dagang kita yang lain
06:32baik puan, saya berminat juga nak tanya sebab ada rakan-rakan saya pernah cadangkan dekat saya
06:37mungkin kalau adanya perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan Malaysia
06:42ini mungkin jadi pemudah cara dan mungkin ini akan orang kata
06:45menjadi salah satu perkara yang mungkin akan menyebabkan tarif timbal balas ini
06:50tidak dikenakan tapi itu sebaliknya apa yang berlaku dengan Singapura itu tetap berlakulah
06:54walaupun Singapura mempunyai FTA dengan Amerika Syarikat tapi tetap dikenakan tarif timbal balas 10%
06:58jadi puan, pada pendapat puan ini kali terakhir diusulkan pada tahun 2008
07:03jadi mengapa perkara itu tidak diteruskan dalam merealisasikan perjanjian FTA
07:07antara Amerika Syarikat dan juga Malaysia ini
07:10tolak tepi mengenai soal tarif timbal balas ini
07:12betul kita telah pernah mencuba untuk mengadakan perjanjian perdagangan bebas dua hala
07:21dengan Amerika Syarikat
07:22tetapi rundingan itu telah terhenti
07:28kerana ada beberapa isu sensitif yang pada masa itu tidak boleh diselesaikan
07:33antara kedua-dua belah pihak lah
07:35ok tetapi selepas beberapa tahun selepas itu
07:39kita telah cuba juga untuk mencadangkan kepada US
07:44supaya kita resume ataupun sambung semula perundingan yang telah tertangguh itu
07:50tetapi pada waktu itu pentadbiran Amerika Syarikat waktu itu
07:54lebih berminat untuk mengadakan satu perjanjian perdagangan bebas
08:02dalam bentuk multilateral berbagai hala
08:05dia dimulakan dengan P4
08:07di mana Amerika Syarikat bersama tak sehat saya New Zealand, Chile dan satu lagi negara
08:13saya tak apa ingat
08:14diorang ingin memulakan rundingan apa yang dikatakan sebagai trans-specific agreement
08:20dan apabila Malaysia menyatakan hasrat untuk mengadakan bilateral FTA dengan US
08:27menyambung semula rundingan
08:28Amerika Syarikat telah meminta kita
08:31supaya memohon untuk menjadi salah satu peserta dalam rundingan TPP tersebut lah
08:37jadi pada tahun 2008-2009 juga
08:41kita telah pergi ke Brunei pada waktu itu
08:45dalam pusingan rundingan yang ketiga waktu itu
08:49agak awal juga lah Malaysia menyertai rundingan TPP ini
08:53dan kita telah diterima masuk oleh ahli-ahli rundingan asal, negara-negara asal rundingan TPP
09:00jadi kita merasakan waktu itu itulah peluang terbaik untuk kita
09:06ada perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat
09:09tapi sebagaimana semua orang sedia maklum
09:12apabila Trump 1.0
09:14beliau telah mengeluarkan Amerika Syarikat daripada TPP
09:20dan kemudiannya kita telah berjaya
09:23memutamatkan dan melaksanakan CPTPP
09:28bagi menggantikan TPP
09:30tetapi tanpa Amerika Syarikat
09:33dan sekali lagi Malaysia berada dalam situasi
09:37di mana kita tidak mempunyai perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat
09:41baik Puan ya
09:43itu antara yang kita kongsikan
09:45seketal tadi kita tanya antara inisiatif
09:48mengapa delegasi Malaysia berada di sini
09:50dan kita tanya juga mengenai EFTA
09:51dan ini mungkin soalan saya yang terakhir Puan ya
09:53Puan Mastura
09:54menjelang hari terakhir esok
09:56mungkin Puan boleh kongsikan harapan Puan sendiri
09:58melihat kepada perbincangan yang berlangsung bersama dengan
10:00Wakil Perdagangan Amerika Syarikat USTR
10:02Jameson Grier dan
10:04macam mana keterujaan ini nak dikongsikan
10:08supaya nak pastikan
10:08ini berita
10:09ini berita satu berita penting
10:11cukup besar untuk Malaysia
10:12jadi apa harapan Puan pada pertemuan esok
10:15apa yang saya dengar
10:17sepanjang dua hari saya di sini
10:19ialah
10:20Malaysia perlu mendapatkan
10:22satu tawaran yang konkret
10:24yang kukuh
10:25untuk dibentangkan kepada pentadbiran Trump
10:28jadi kami akan berusaha
10:31untuk mengadakan
10:33satu tawaran yang
10:36kita rasakan komprehensif
10:38dan boleh diterima oleh pihak
10:41Trump
10:43tetapi ini bukanlah
10:45satu rundingan yang boleh ditamatkan
10:48dalam satu
10:49sehari perjumpaan
10:51jadi
10:51mengharapkan sebaik ini menjadi
10:54permulaan
10:56titik permulaan
10:57untuk kita meneruskan
10:58rundingan
10:59dan
11:00harapan kita ialah
11:02menjelang
11:0390 hari
11:05tersebut
11:05kita akan mendapat
11:07suatu keputusan yang
11:08boleh menguntungkan
11:10kerajaan Malaysia
11:12terutamanya
11:13jika kita boleh dapat
11:15satu
11:17layanan yang
11:18lebih baik
11:19daripada
11:2024%
11:21yang telah
11:22diumumkan sebelum ini
11:24baik terima kasih sekali lagi Puan Mastura Ahmad Mustafa
11:27yang merupakan
11:28Timbalan Ketua Setu-setu Perdagangan
11:29Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri
11:32untuk perkongsian tersebut
11:33terima kasih sekali lagi Puan
11:34untuk waktu dan masa
11:35berada di sini
11:36untuk hari ini
11:37dan saya kira
11:38itu sedikit sebanyak perincian
11:40apapun
11:40segala-galanya akan kami terus
11:42kongsikan di
11:43saluran 501
11:44dan juga astroaoni.com
11:45sama-sama kita menanti
11:46hari besar esok
11:47di mana delegasi Malaysia
11:48akan mengadakan pertemuan
11:49bersama dengan
11:50wakil perdagangan
11:51Amerika Syarikat USTR
11:52Jameson Peraya dan delegasi Malaysia
11:54akan diketuai oleh
11:55Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri
11:57Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
11:59dan saya kira
12:00sekian untuk waktu
12:01dan jam ini
12:01kita kembali bersama
12:02rakan setugas
12:03di Bukit Jalil

Recommended