Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua MOU antara Malaysia dan China perlu dilaksanakan dengan kadar segera
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Sinarawan ini dimulakan dengan laporan mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah mengarahkan semua memorandum perusahaan MOU dan kerja sama antara Malaysia dan Cina dilaksanakan segera Menteri Komunikasi.
00:14Datuk Fahmi Fahdin memberitahu perkara itu ditegaskan Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu.
00:19Arahan yang berhormat Perdana Menteri adalah semua MOU ini perlu segera dilaksanakan dan Kabinet telah memutuskan bahawa kementerian luar akan menjadi kementerian yang akan menyelaras pelaksanaan bagi MOU-MOU yang telah ditandatangani ini.
00:42Antara perkara yang sebagai contoh yang berhormat Menteri Pengangkutan dalam satu acara baru-baru ini ada menyebut tentang cadangan Twin Hub di antara lapangan terbang antarabangsa KLIA dan juga lapangan terbang antarabangsa di Henan.
01:01Jadi ini antara perkara yang telah menyaksikan perkembangan yang agak pantas dan beberapa pertemuan telah diadakan dalam masa beberapa hari kebelakangan ini.
01:13Maka perancangan kerajaan adalah untuk pastikan kesemua memoranda persefahaman yang telah ditandatangani dan ditukar akan dapat dilaksanakan pada kadar segera.
01:26Minggu lalu, Anwar dan Presiden China Xi Jinping menyaksikan pementerian 31 MOU dan pertukaran nota membabitkan kerjasama antara kementerian dan agensi kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.
01:40Jinping berada di Malaysia untuk lawatan negara selama tiga hari pada 15 hingga 17 April lalu atas undangan yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
01:49Ini adalah lawatan kedua beliau ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun selepas kunjungan pertamanya pada 2013 yang menyaksikan peningkatan hubungan diplomatik ke dua-dua negara kepada tahap perkongsian strategi komprehensif.