Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Ukraine dan Rusia melaksanakan pertukaran lebih 500 tawanan perang pada Sabtu, dalam siri pertukaran terbaru sejak pencerobohan besar-besaran Rusia bermula lebih tiga tahun lalu.
Transcript
00:01Dalam hari itu, Ukraine dan Rusia melaksanakan pertukaran lebih 500 tawanan perang pada Sabtu dalam siri pertukaran terbaru sejak pencerobohan besar-besaran Rusia bermula lebih 3 tahun lalu.
00:12Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menerusi satu hantaran di aplikasi Telegram berkata, seramai 277 anggota tentera Ukraine telah kembali ke tanah air selepas dibebaskan dari tahanan Rusia.
00:24Kementerian Pertahanan Rusia pula memaklumkan 246 anggota tenteranya telah diserahkan oleh Kiev, manakala 31 tawanan Ukraine yang cedera juga telah dipulangkan bersama 15 tentera Rusia yang turut mengalami kecederaan.
00:42Menurut kenyataan itu, kesemua tentera Rusia kini berada di Belarus, sekutu rapat Moskow dalam konflik ini sebelum dipindahkan pulang ke Rusia.
00:50Video yang dimuat naik oleh Pesuruh Jaya Hak Asasi Manusia Parlimen Ukraine, Dmytro Luminets, menunjukkan sekumpulan tentera Ukraine yang baru dibebaskan dibalut dengan bendera Perkebangsaan Biru Kuning di sebuah kawasan hutan berdiri di sisi beberapa buah bas.
01:06Mereka kemudian kelihatan duduk di atas permukaan tar sambil melaungkan slogan Petrotik.
01:13Lokasi sebenar tidak didirahkan atas sebab keselamatan.
01:16Zelensky menyatakan sehingga kini seramai 4,552 warga Ukraine, termasuk anggota tentera dan orang awam, telah dibebaskan sejak permulaan pencerobohan Rusia pada Februari 2022.
01:29Kedua-dua pihak merakamkan perhargaan kepada Amerika Arab 1 UAE atas peranan penting mereka sebagai orang tengah dalam urusan pertukaran tawanan kali ini.
01:38Pertukaran ini dilihat sebagai satu langkah kemanusiaan di tengah-tengah konflik yang masih berlalutan dan turut memberi sedikit harapan kepada keluarga mangsa yang masih ditahan.

Recommended