Seorang murid Tingakat Tiga didapati tidak sedarkan diri dengan mulutnya berbuih selepas menghisap vape di tandas sekolah di Kangar, Perlis.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Sementara itu di Kanga Perlis, seorang murid tingkatan 3 didapati tidak sedarkan diri dengan mulutnya berbuih selepas menghisap vape di tandas sekolah.
00:08Dalam kejadian pukul 9.30 pagi Isnin, remaja itu bersama dua lagi rakannya telah keluar dari kelas tanpa kebenaran guru semasa menjawab kertas ujian bahasa Inggeris.
00:18Kejadian berkenaan disedari oleh seorang guru yang mengambil alih tugasan dari guru sebelumnya yang mendapati pelajar berkenaan di papah masuk ke kelas oleh dua rakannya.
00:26Hasil siasatan dalaman mendapati pelajar itu menghisap vape bersama rakannya di tandas sekolah selepas keluar dari kelas tanpa disedari guru bertugas.
00:35Pelajar itu dikejarkan ke hospital Tuanku Fauziah Kangar untuk rawatan.
00:39Jenis dan perisa vape yang digunakan masih dalam siasatan.
00:42Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Rus Azar C. Arifin mengesahkan kejadian dan berkata telah mendapat laporan dari pihak sekolah.
00:50Bagaimanapun tiada laporan polis dibuat setakat ini.