Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
'Nampak pakai kopiah, bersopan, terus percaya.' - Itulah realiti sekarang apabila ramai terus terpedaya dengan penampilan luaran individu yang mempromosikan pakej Haji murah, tanpa menyemak latar belakang sebenar.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Nampak saja pakai kopiah, bersopan, terus percaya.
00:05Itu realiti sekarang apabila ramai terus terperdaya dengan penampilan luaran individu
00:09yang mempromosikan pakej haji murah tanpa menyemak latar belakang mereka.
00:14Malah menurut pengarah strategik dan pengarah operasi haji MKM Ticketing Travel and Tour Senudan Berhad,
00:20Dr. Abdul Hadi Abdul Rahman,
00:23rakyat Malaysia seringkali mudah terpedaya dengan tawaran harga murah yang disangkakan
00:27sebagai rezeki tanpa menyedari, ia mungkin satu perangkap.
00:32Dengan emosi, melihat kepada harga yang rendah.
00:37Kalau orang lain pergi haji mungkin kena bayar pakej dalam minimum RM50,000 ataupun RM60,000.
00:44Dia dapat tiba-tiba boleh pergi dengan harga RM30,000.
00:48Dia rasa macam, aku hebatlah, aku boleh dapat RM30,000.
00:53Itu boleh terbang melaksanakan ibadah haji.
00:55Rezeki kita katanya?
00:56Ya, rezeki kita.
00:58Tapi dia tak tahu itu satu bahana bagi dia yang akan datang kepada dia.
01:04Jadi, itu antara benda yang kita perlu lihat, antara perkara yang kita perlu lihat.
01:11Masyarakat kita masih lagi pergi memilih untuk membeli pakej haji yang dia rasa murah bagi dia
01:20dan memilih untuk membeli pakej haji yang melalui orang kepercayaan dia yang dia rasa macam contoh dibawa ikon kepada syarikat tersebut,
01:33suara ustaz yang mungkin dia nampak macam alim ataupun warah dan dia rasa ini boleh percaya.
01:40dan masyarakat kita lebih melihat kepada penampilan luar yang kalau orang itu pakai kopiah,
01:48pakai jubah, pakai soban dan dia lebih percaya yang itu daripada kalau contoh saya,
01:55kalau pergi jual pakej haji, kemudian tak pakai kopiah, pakai bagi musician.
02:01yang tidak dia percaya.

Recommended