Tak sangka bungkusan yang kelihatan seperti biskut biasa rupa-rupanya mengandungi ganja. Taktik licik satu sindiket yang aktif menjual 'biskut ganja' secara dalam talian akhirnya terbongkar selepas polis menahan lapan individu termasuk dua wanita dalam dua serbuan berasingan minggu lalu.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Siapa sangka bungkusan yang kelihatan seperti biskut biasa rupa-rupanya mengandungi ganja.
00:06Taktik licik satu sindiket yang aktif menjual biskut ganja secara dalam talian akhirnya terbongkar
00:12selepas polis menahan 8 individu termasuk 2 wanita berusia 20 hingga 28 tahun dalam 2 serbuan minggu lalu.
00:22Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusli Muhammad Isa berkata berdasarkan risikan polis percaya sindiket itu aktif sejak setahun lalu
00:29dan memperoleh bekalan dadah dari Thailand.
00:31Modus operandi sindiket ini adalah dengan mendapatkan dadah secara online daripada negara jiran
00:39dan mengedarkannya semula kepada pelanggan juga secara online.
00:46Sindiket ini dipercaya telah pun mula aktif sejak setahun lepas.
00:52Dalam serbuan pertama di sebuah kondominium di Mon Kiara pada 16 April lalu,
00:56polis menahan 5 lelaki dan 2 wanita tempatan berusia antara 20 dan 31 tahun.
01:02Polis juga menemui 3 beg berisi ganja seberat 32 kg dan 2 kg biskut ganja di bilik tidur di premis berkenaan.
01:10Keesokan hari, polis menahan seorang lagi lelaki di hadapan sebuah residensi di Jalan Duta pada pukul 2.10 petang.
01:16Pemeriksaan dalam kenderaan suspek menemui 1 kotak biskut ganja seberat 7 kg.
01:21Keseluruhan rampasan dengan nilai pasaran dianggarkan RM105,000.
01:26Ujian saringan air kencing mendapati 5 suspek positif ganja dengan 2 daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.
01:33Selain itu, kata Rusdi, operasi kedua pada Jumaat lalu melihat polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Kepung Baru
01:39dan berjaya menangkap seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun.
01:43Kesemua suspek direman sehingga Rabu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Danah Berbahaya 1952.