Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Sabtu menyatakan bahawa memenuhi tuntutan Hamas bagi menamatkan perang di Gaza akan menghantar mesej salah kepada musuh Israel bahawa dengan menculik rakyat Israel, mereka boleh ‘melututkan’ negara itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pengganas Israel enggan memenuhi tuntutan Hamas untuk menemakkan perang di Gaza dan sekali lagi berikral kononnya mahu menghapuskan kumpulan pejuang itu.
00:10Perdana Menterinya Benjamin Netanyahu mendakwa pihaknya tidak akan menemakkan perang selagi Hamas belum dimusnahkan sepenuhnya.
00:19Ini termasuk membebaskan semua tebusan ditahan Hamas dan wilayah Gaza tidak menjadi acaman keselamatan kepada Israel.
00:26Nyataan itu dibuat dalam keadaan tekanan semakin memungcak di dalam negara.
00:31Tekanan bukan sahaja daripada keluarga para tebusan dan penyokong mereka, malah turut disuarakan oleh anggota simpanan dan tentera veteran Israel.
00:39Mereka mempertikaikan kesinambungan operasi ketenteraan selepas Israel memungkiri perjanjian kecataan sejata bulan lalu.
00:46Dakwa Netanyahu Hamas telah menolak cadangan terbaru Israel yang menawarkan pembebasan separuh daripada tebusan sebagai pertukaran kepada lanjutan kecataan sejata.
00:56Dalam tempoh 48 jam kebelakangan ini, serangan udara Israel mengorbankan lebih 90 rakyat Palestine di Gaza.
01:03Tentera Israel terus meningkatkan serangan dalam usaha memaksa Hamas melepaskan baki tebusan yang masih ditahan serta melucutkan senjata kempulan itu.
01:12Setakat ini, lebih 51,000 rakyat Palestine, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh akibat serangan Israel sejak konflik tercetus.
01:19Perang ini juga telah memusnahkan sebahagian besar wilayah Gaza termasuk infrastruktur makanan menyebabkan kira-kira 90% penduduknya kehilangan tempat tinggal dan kini berlindung di kemah sementara atau bangunan yang musnah di bom.

Recommended