Harga iPhone mungkin melambung jika tarif AS terus dinaikkan, dengan komponen dari seluruh dunia dan pengecualian tarif yang tidak pasti.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:01Harga telefon pintar keluaran Apple iPhone mungkin melambung dan tidak mustahil boleh mencapai harga sebuah kereta jika tarif timbal balik yang dikenakan AS terus dinaikkan.
00:13Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz,
00:18Komponen bagi pembuatan iPhone datang dari seluruh dunia termasuk cip dari Taiwan, skrin dari Korea Selatan, bateri dari China, modern dan memori dari AS, storan dari Jepun dan kamera dari pelbagai negara yang akhirnya dipasang di China.
00:37Tengku Zafrul berkata kos bagi sebuah iPhone adalah RM2,424 dan jika dikenakan tarif sebanyak 145%, ia mungkin akan mencecah RM6,174.
00:46Malah katanya jika dibuat sepenuhnya di Amerika, ada yang mengatakan ia boleh mencecah RM16,000 dan apabila harga naik di Amerika, negara lain juga terkesan dengan harga iPhone global kebiasaannya mengikuti harga di Amerika.
01:00Namun berdasarkan perkembangan terkini, Amerika sudah memberi pengecualian kepada komponen telefon pintar dan komputer, khususnya dari China.
01:06Sebelum ini, media antarabangsa melakukan harga iPhone dijangka meningkat antara 30% hingga 43% susulan keputusan tarif oleh AS terhadap negara yang berdagang dengannya.
01:17Menurut laporan itu, jika tarif berlanjutan, Apple berdepan pilihan suka sama ada menanggung kos berkenaan atau memindahkan kepada pengguna.
01:24Sabtu lalu, Amerika Syarikat dilaporkan mengecualikan telefon pintar, skrin komputer, chip dan komponen elektronik daripada dikenakan tarif dan ia terpakai kepada semua barangan elektronik yang dieksport ke negara itu.
01:34Langkah ini diambil selepas bentadbiran Trump mengenakan tarif minimum sebanyak 145% ke atas barangan dari China yang dieksport ke AS.
01:43Mengelah selanjutnya, Tengku Zafrul berkata, Malaysia juga adalah komponen penting rantaian bekalan dunia dan antara eksport utama negara adalah semiconductor.
01:50Ketika pandemik COVID-19, katanya kilang kenderaan Ford terpaksa menghentikan operasi kerana tidak mendapat bekalan chip dari Malaysia.
01:56Terima kasih kerana menonton!