Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand yang berakhir hari ini menarik potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Lawatan kerja Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim ke Thailand yang berakhir pada Jumaat menarik potensi ekspor berjumlah RM1.07 bilion yang merangkumi produk seperti alat ganti otomatik, pembinaan, minyak dan gas, tenaga dan peranti perubatan.
00:16Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Miti berkata minat untuk mendapatkan produk negara itu disampaikan menerusi mesyuarat meja bulat anjuran perbadanan pembangunan perdagangan luar Malaysia, Nitrate.
00:28Dengan pegawai tertinggi daripada 8 syarikat terkemuka Thailand.
00:34Jelas kenyataan itu secara kolektif syarikat ini menyediakan potensi gabungan nilai penyumburan sebanyak RM1.07 bilion dari Malaysia menunjukkan tarikan Malaysia sebagai rakan rantaian perdagangan dan bekalan yang boleh dipercayai.
00:49Miti berkata minat memberangsangkan daripada syarikat Thailand untuk mendapatkan produk Malaysia dan melabur di negara ini sejajar dengan hala tujuh dasar terkini di bawah Plan Indok Perindustrian Baru 2030.
01:03Menurutnya dasar ini menekankan kepada pelaburan strategik kerjasama serantau dan ekspor nilai tambah untuk meletakkan Malaysia sebagai pemain utama dalam rantaian bekalan serantau.
01:16Tambah kenyataan itu lagi fokus Miti untuk memacu pertumbuhan hijau, mengukuhkan hubungan perindustrian dan mempromosikan sektor bernilai tinggi menyokong kemudahan usaha niaga rentas sempadan dengan Thailand telah meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam landscape perdagangan global yang berkembang.
01:36Thailand adalah rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia dalam ASEAN dan ketujuh di seluruh dunia.
01:43Pada 2024, perdagangan dua hala berjumlah $25.06 bilion Amerika dengan perdagangan sempadan mencakupi 40% daripada jumlah itu.