Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 3 days ago
Dr Mahathir mengingatkan peningkatan gaji tidak semestinya akan meningkatkan kuasa beli rakyat.
Transcript
00:00Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Madin Muhammad menjelaskan kenaikan gaji tidak menyumbang kepada pendekatan dalam kuasa beli dan menyelesaikan isu kos sehari hidup.
00:11Menurutnya apabila sesuatu gaji dinaikkan, seseorang akan membeli hanya lebih sedikit daripada apa yang dibeli dengan gaji sebelumnya dan situasi itu akhirnya meningkatkan semula kos sehari hidup ekoran kenaikan gaji yang meningkatkan kos pengeluaran.
00:27Malah beliau menjelaskan peningkatan kos pengeluaran pula disebabkan kenaikan kos buruh dan lain-lain yang akan mengurangkan kuasa beli gaji yang dinaikkan.
00:36Beliau percaya penyusutan mata wang berlaku jika kerajaan cuba mengejar peningkatan kos inflasi dengan meningkatkan gaji.
00:44Jelasnya apabila pendapatan meningkat, kos barangan dan perkhidmatan secara konsisten meningkat, memerlukan lebih banyak wang untuk membeli barangan atau perkhidmatan yang pada awalnya tidak begitu mahal.
00:54Tambahnya lagi, percubaan beberapa negara mengejar kenaikan kos sehari hidup dengan meningkatkan gaji dan pendapatan telah menyebabkan kuasa beli mata wang semakin berkurangan, mengakibatkan mata wang gagal, hampir sepenuhnya.
01:06Justeru kerajaan perlu berhati-hati dengan permintaan selain kerap menaikan gaji minima bagi mengelakkan ringgit menerima nasib yang sama seperti rupiah dan lira.

Recommended