Menurut Anwar, walaupun sistem pentadbiran China menjadi rujukan, namun, beliau mengakui Malaysia tidak boleh menjadikan negara itu sebagai rujukan semata-mata kerana latar belakang sistem dan politik yang berbeza.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Dato' Suriano Ibrahim menegaskan Malaysia tidak mempunyai pilihan selain melaksanakan perubahan besar untuk memperkukuh negara ketika berdepan dengan cabaran global.
00:12Bagaimanapun, menurut Perdana Menteri, Malaysia tidak boleh menjadikan China sebagai rujukan kepada perubahan itu kerana perbezaan latar belakang sistem dan politik.
00:22Soalannya sama ada kita ada keupayaan atau bersedia untuk membuat perubahan yang agak lebih radikal seperti mana dilaksanakan oleh negara China.
00:33Soalnya, jawapannya yang tadi diberi kawan-kawan tadi, dia tidak ada pilihan satu.
00:39Tetapi tentunya pelaksanaan kita tidak mungkin sama dengan negara China, sistem politiknya itu berbeda.
00:45Kita masih bergelut dengan suasana keputusan rakyat. Jadi, harus ada perancangan tapi penjelasan yang agak lebih rapi.
01:00Selain itu, Anwar berkata, kerajaan pimpinannya turut berdepan dengan persepsi apabila menyentuh mengenai penyasaran subsidi.
01:06Bagaimanapun, katanya segala keputusan dilakukan kerajaan termasuk penyasaran subsidi perlu diterangkan dengan jelas kepada rakyat.
01:16Beliau berkata ketika menjadi moderator dalam Forum Ilmuwan Malaysia Madani Kementerian Pendidikan Tinggi KPT Siri 5 di Subang Jaya pada Jumaat.
01:24Terima kasih telah menonton!