Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Industri takaful Malaysia dijangka kehilangan sehingga RM800 juta dalam peluang perniagaan susulan had sementara 10% kenaikan premium insurans perubatan. Perbincangan ini membuka ruang kepada pembaharuan dasar insurans dan perlindungan kesihatan yang lebih responsif terhadap perubahan kos rawatan dan keperluan masyarakat.
Transcript
00:00Industri Takaful Malaysia diunjurkan mengalami kerugian sehingga RM800 juta dalam peluang perniagaan, berikutan hak sementara 10% ke atas kenaikan premium insurans perubatan, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Takaful Malaysia, MTA Mohd Razuan Mohd.
00:16Mohd Razuan berkata, angka ketara itu mewakili unjuran kerugian yang timbul daripada ketidakupayaan untuk mengutip caruman yang lebih tinggi disebabkan kenaikan premium insurans perubatan sementara dan bukannya kerugian keuntungan sebenar.
00:29Untuk itu, kita mempersilahkan tamu yang sudah bersedia dalam talian untuk bantu kita fahami bagaimanakah industri Takaful ini dapat berjuang dan survive dalam era ataupun kos yang semakin melonjak ini.
00:42Kita mempersilahkan Prof. Dr. Syed Mohd Al-Junid Syed, unit Prof. Ekonomi Policy dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam School of Medicine IMU University.
00:52Saya nak ucapkan terima kasih Prof. Kandasudi meluangkan masa bersama kami.
00:55So, tentu dalam segmen kali ini kita nak melihat segala perkara apabila bercakap mengenai tarif ataupun kita lihat perang tarif yang sedang berlaku di peringkat global.
01:03Ia tentu memberi impak yang sangat besar kepada negara-negara lain, terutamanya negara kecil dan terbuka seperti Malaysia ini sendiri.
01:12Dan kali ini kita nak beri tumpuan khusus kepada keseluruhan ekosistem industri kesihatan.
01:19Jadi, bagaimana had sementara 10% kenaikan premium insurans ini, perubatan akan mempengaruhi model peniagaan pengendali Takaful,
01:28terutamanya yang mempunyai portfolio perubatan yang sangat besar ini Prof?
01:32Terima kasih saudari Nina kerana menyemput saya untuk memberikan sedikit pendapat berkaitan dengan isu insurans swasta dan juga Takaful ini.
01:43Kalau kita lihat angka yang disebut oleh pihak industri Takaful ini, kerugian yang dikatakan Rp800 juta itu,
01:53ini merupakan salah satu daripada angka yang diketik berdasarkan kepada kaedah insurans beroperasi sekarang.
02:00Sebenarnya, keuntungan besar yang diperolehi oleh insurans swasta termasuk juga Takaful adalah disebabkan cara mereka beroperasi di negara kita ini
02:11berbeda sedikit daripada best practices ataupun praktis yang terbaik yang dilakukan di negara-negara seperti Eropah dan sebagainya.
02:18Mungkin Rp800 juta keuntungan itu disebabkan oleh mereka menggunakan kaedah apa yang kita sebut sebagai kaedah rating beresiko ataupun risk rating.
02:30Dalam kaedah risk rating ini, biasanya premium itu akan dikira berdasarkan kepada pertama umur,
02:35yang kedua berdasarkan kepada keadaan kesihatan pesakit ataupun mereka yang membeli polisi tersebut.
02:44yang ketiga adalah pengalaman mereka yang pernah melakukan klaim atau tuntutan sebelumnya.
02:51Risk rating ini sebenarnya merupakan sesuatu yang merugikan ahli masyarakat dan bukan merugikan praktis yang baik.
02:57Kalau kita lihat di negara-negara Eropah, risk rating ini tidak dibenarkan dan mereka semua insurans yang beroperasi di Eropah dikendaki melakukan apa yang kita sebut sebagai community rating.
03:09Kalau community rating ini apabila mereka mengira premium, premium akan jauh lebih tinggi sebab itu kalau kita lihat di Eropah peningkatan premium setiap tahun tidak lebih daripada 3%.
03:19Negara yang terbesar yang menggunakan insurans swasta seperti negara Netherlands dan juga Germany maksimum yang berlaku di sana cuma 3%.
03:29Tapi kita nak meningkatkan lebih daripada 40 ke 70%. Dan saya rasa langkah yang diambil oleh banyak negara untuk menghadkan peningkatan pada 10%
03:39dalam tempoh mungkin 3 tahun atau 2 tahun daripada sekarang ini masih lagi tidak memadai kerana ia akan menyebabkan kos rawatan dan juga kos pengkhidmatan kesihatan di negara kita ini akan terus meningkat.
03:53Jadi saya rasa insurans swasta dan juga takaful harus mengubah cara mereka beroperasi dan kerajaan juga harus memastikan bahawa
04:03insurans takaful dan juga insurans swasta ini melakukan atau beroperasi menggunakan best practices.
04:11Jadi tidak boleh lagi kita membenarkan insurans swasta ini menggunakan kaedah risk rating ini untuk mengira premium mereka.
04:20Dan mereka harus menggunakan inovasi yang lebih baik untuk memastikan bahawa kos rawatan keseluruhan tidak meningkat.
04:26Harus kita ingat bahawa di negara Amerika salah satu penyebab mengapa pembelajaran kesihatan yang begitu tinggi sehingga 17-18% daripada KDNK
04:37salah satunya adalah disebabkan oleh penggunaan insurans swasta apabila mereka seseorang itu berumur di bawah 65 tahun di Amerika.
04:47Jadi ini menyebabkan kebanyakan penduduk Amerika itu terpaksa membayar kos yang tinggi disebabkan oleh mereka melakukan pembayaan kesihatan menggunakan insurans swasta.
04:59Di Malaysia dengan penduduk 35 juta kita dipahamkan hampir 22% daripada penduduk kita menggunakan insurans swasta ini kajian tahun 2019.
05:09Tapi sekarang mungkin sudah meningkat sehingga 26% mungkin ya.
05:14Dan biasanya insurans swasta ini dan juga takaful biasanya mereka mendapat keuntungan dengan tiga cara.
05:20Satu pertama sekali adalah dikatakan tiga dia. Pertama delay melambatkan pembayaran. Yang kedua deny iaitu dikatakan apabila tuntutan dilakukan mereka menolak tuntutan tersebut.
05:36Dan ketiga defend. Ini apabila berlaku ketidakpuasan hati mereka akan pergi ke bawah kepada mahkamah dan mereka mempunyai sumber yang kuat.
05:45Dia biasanya penggunakan tidak susukar untuk memenangi kes-kes tersebut di mahkamah.
05:52Jadi ini kita harapkan tidak berlaku di negara kita tetapi ini adalah kaedah di mana insurans swasta ini biasanya beroperasi.
05:59Jadi penting kita pastikan bahawa kaedah yang best practices yang baik dalam insurans swasta ini dilakukan di negara kita.
06:08Dan ini kerajaan harus mengambil langkah yang proaktif untuk memastikan rakyat kita tidak menghadapi masalah disebabkan oleh operasi daripada insurans swasta dan takaful ini.
06:20Sudah tentu Prof, RM800 juta itu hampir mencecah RM1 bilion. Bukan angka yang kecil kalau kita lihat kepada kerugian itu.
06:28Sudah tentu apabila kerugian terus membawa impak yang besar juga.
06:30Dan ini adalah antara langkah-langkah yang telah dikongsikan oleh Prof untuk pastikan bagaimana pengendali takaful ini dapat memastikan kelasaran ataupun kemampanan peniagaan mereka sambil mematuhi had tersebut.
06:43Prof, dengan inflasi kos perubatan Malaysia mencapai 15% pada tahun 2024, bagaimana pengendali takaful boleh meimbangi keperluan untuk menguruskan kos yang meningkat dengan had peraturan terhadap kenaikan premium?
06:57Dan kita nampak ini bukan senang untuk mereka balansi. Tapi bagaimana Prof?
07:01Ya. Jadi sebenarnya secara khusus yang lebih menyeluruh, kita tidak boleh mengharapkan insurans swasta sebagai merupakan suatu sumber untuk pembayaran kesihatan.
07:14Ianya seharusnya cuma sebagai suatu sumber tambahan. Kita harus ada sumber yang lain untuk menjadi sumber pembayaran.
07:20Kalau kita lihat di negara kita, kalau lihat di sumbangan pembayaran kesihatan dari segi keuangannya adalah hampir 4.5% daripada KDNK.
07:31Dan insurans swasta ini cuma memberikan kontribusi, cuma sekitar 7% daripada total health expenditure di Malaysia, 7-8%.
07:40Malah lebih banyak kita keluarkan daripada bayaran sendiri ataupun out of pocket payment.
07:46Jadi kita harus asingkan kaedah pengendalian insurans swasta ini dengan pengendalian-pengendalian bisnes yang lain di negara kita.
07:55Kerana kesihatan ini agak-agak suatu yang unik dan kita harus memberikan suatu perkhidmatan yang baik supaya kita boleh maintain apa yang kita sebut sebagai universal health coverage.
08:08Iaitu setiap ahli masyarakat mempunyai peluang untuk mengakses perkhidmatan kesihatan tanpa mengenami masalah keuangan ataupun financial risk.
08:18Dan sekarang ini saya tidak nampak insurans swasta ini merupakan sesuatu daripada dapat memberikan sumbangan ke arah itu.
08:26Jadi kalau sekiranya mereka beroperasi cuma mengambil keuntungan, ini akan menimbulkan masalah dalam menyediakan suatu bentuk pembiayaan kepada masyarakat kita.
08:37Terutama sekali apabila masyarakat kita, penduduk kita menghadapi masalah penyakit tidak penyakit non-communicable diseases.
08:44hampir dua ke tiga penduduk kita mempunyai salah satu di peluang penyakit non-communicable disease dan kos rawatannya cukup tinggi sekali.
08:51Jadi insurans swasta harus melakukan beberapa inovasi.
08:54Salah satunya adalah mereka harus memberikan insentif supaya pemegang-pemegang polisi ini diberikan insentif apabila mereka mengambil langkah-langkah untuk pencegahan.
09:05misalnya mereka yang berhenti merokok, mereka yang mengambil melakukan riadah ataupun aktiviti fizikal secara regular dan juga menurunkan perak badan.
09:20Jadi apabila mereka melakukan ini mungkin premium tadi boleh diturunkan. Ini akan memberikan insentif kepada pengguna.
09:26insentif kepada pembekal ataupun pemberi paket matang juga harus mereka berikan. Misalnya mereka harus memberikan insentif kepada hospital-hospital yang mana memberikan hasil yang baik apabila mereka merawat pesakit.
09:40Misalnya kita harus mengukur kadar komplikasi disebabkan oleh kecil manis, penyakit jantung dan juga penyakit darah tinggi misalnya.
09:48Kalau outcome yang baik misalnya kadar komplikasi yang dihadapi oleh pesakit untuk penyakit manis, misalnya kadar kegagalan ginjal adalah rendah maka rumah sakit atau hospital tadi boleh diberikan insentif
10:03sebaik dalam pembayaran yang disediakan oleh insurans swasta ataupun insurans tangan polini. Ini contoh-contoh yang lain. Selain itu strategic purchasing ataupun cara membeli paket matang kesihatan yang disediakan oleh hospital.
10:17kita dikatakan bahawa tidak lama lagi kita akan menggunakan keadaan package seperti DRG. Ini merupakan contoh strategic purchasing yang boleh digunakan oleh insurans swasta untuk memberikan insentif kepada hospital supaya menyediakan perkhidmatan yang efisien dan juga pada kos yang terkawal.
10:37Ini adalah antara insentif-insentif yang boleh diberikan, dimainkan oleh insurans swasta seperti Takaful di negara kita.
10:47Baik, saya nak cakap terima kasih kepada Prof kerana bantu kami lihat bukan kepada industri insurans dan Takaful sahaja tapi perbincangan ini untuk kita untuk melihat konten yang lebih luas untuk sektor kesihatan di Malaysia
10:59di mana penting untuk kita tangani antara punca utama kenaikan kos perubatan dan memberi sokongan yang padu kepada kelasaran produk insurans perubatan termasuk juga dengan Takaful.
11:08Sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kepada Prof. Dr. Syed Mohamad Al-Junid. Syed Junid merupakan pakar ekonomi polisi dan pengurusan kesihatan pakar perubatan kesihatan awam School of Medicine IMU University dan setiap perbincangan ini akan kami rangkumkan dalam astrawani.com dan di semua platform digital Astrawani.

Recommended