Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain, Profesor Rangkaian Komputer dan Keselamatan Siber di UPM, membincangkan bagaimana kerjasama AI antara Malaysia dan China akan meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai hab digital di Asia Tenggara.
Transcript
00:00Malaysia dan China menandatangani 31 memorandum persefahaman melibatkan pelbagai bidang kerjasama, khususnya kecedasan buatan AI, ekonomi digital, pelancongan dan pelbagai lagi.
00:10Untuk sebuah negara yang amat terbuka kepada aplikasi dalam urusan seharian, kerjasama dengan China ini mainkan peranan yang cukup signifikan untuk mewujudkan perpindahan teknologi dan kita akan bawakan apakah untuk bantu kita fahami bagaimanakah setiap MOU,
00:24terutama yang berteraskan AI ini dapat membentuk masa depan digital dan AI negara untuk kedua-dua negara.
00:30Kita mempersilahkan Prof. Dr. Zurati Ahmad Zulkainam, merupakan Prof. Rangkaian Komputer dan Keselamatan Cyber Fakulti Sains Komputer,
00:37Tuan Teknologi Maklumat, UPM, saya nak ucapkan terima kasih Prof. Kena sedih melakukan masa bersama kami.
00:42Pertama sekali, kita lihat ini adalah kerjasama yang diperkukuhkan dan kali ini banyak memorandum yang berteraskan digital AI.
00:49Jadi bagaimana kerjasama dalam AI antara Malaysia dan China akan tingkatkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hub digital di Asia Tenggara?
00:56Mengambil kira juga petahun ini kita adalah pengurusi untuk ASEAN dan apa antara manfaat khusus yang boleh dijangka daripada setiap perkongsian ini?
01:06Assalamualaikum, selamat pagi. Terima kasih, Nina.
01:08Kalau kita lihat dari sudut kerjasama AI Malaysia China, dari sudut manfaatnya yang Malaysia sebagai hub digital ASEAN,
01:15yang pertama, kita dapat lihat dari segi infrastruktur teknologi.
01:20Macam mana pelaburan daripada China, especially yang melibatkan data center, infrastruktur 5G,
01:27di mana kita tahu sekarang ini di China sendiri sudah ada 6G dan tiga platform AI yang lain,
01:32contohnya dengan kerjasama Huawei dapat mempukulkan asas infrastruktur teknologi di Malaysia.
01:39Yang kedua, saya nampak dari sudut pemindahan ilmu.
01:42Bila pemindahan ilmu ia melibatkan program latihan bersama bagi meningkatkan kemahiran tenaga,
01:47seperti especially yang melibatkan pekerja tempatan dari segi amalan dan juga knowledge AI-nya dan juga data analitik.
01:57Ini sangat penting.
01:58Yang ketiga pula adalah inovasi R&D.
02:00Macam mana makmau di industri, di universiti dan juga pusat pendidikan di Malaysia,
02:08mampu menghasilkan penyelesaian AI secara kolaboratif yang especially melibatkan penggunaan AI dalam negara dan juga secara kesuluhan di negara ASEAN.
02:21Dan yang saya nampak yang keempat adalah Malaysia ini sebagai pintu gerban ASEAN.
02:25Pintu gerban ASEAN di mana Malaysia ini boleh jadi tapak ujian produk AI China.
02:32Ia sepatutnya disesuaikan dengan pasaran dalam negara, keperluan dalam negara.
02:37Dalam masa yang sama, pasaran serantau yang mampu menarik pelaburan global.
02:42Of course yang sangat penting adalah dari segi takdir urus AI.
02:46Macam mana kolaborasi ini mampu membentuk satu dasar etika especially yang melibatkan keselamatan AI dalam meningkatkan daya tahan digital dan juga terhadap ancaman cyber
02:59untuk meningkatkan reputasi sebagai hub inovasi yang beretika dan bertanggungjawab.
03:06Dan Prof, apa antara mekanisme yang ada untuk pastikan pembindahan ataupun transfer of technology yang berkesan dari syarikat AI China kepada rakan sejawab Malaysia
03:15dan bagaimana ini akan pengaruhi inovasi tempatan dan kita lihat pembangunan bakat daripada upskilling, reskilling dan ketika ini kita ada panggilkan cross-skilling.
03:25Itulah, bila melibatkan kepada mekanisme ini, ia sepatutnya boleh dirancang dan dipersetujui secara mutual, bukan hanya satu pihak saja.
03:36Yang saya nampak yang pertama adalah usaha sama dan juga pusat cerantau di antara Malaysia, syarikat industri di Malaysia,
03:46local players, research institution di Malaysia dengan pihak strategi di China, contohnya Alibaba dan juga MDEC di Malaysia.
03:59Begitu juga dengan pusat R&D, kalau China memang kita dah ada Huawei dan memang Huawei juga mempunyai kolaborasi yang sangat komprehensif dengan pusat pendidikan di Malaysia.
04:11yang mempunyai akses terhadap teknologi dan juga latihan. Yang kedua, ada sudut latihan dan juga pendidikan.
04:20Macam mana ya? Bila kita lihat kepada latihan, ia memerlukan kepada mekanisme melibatkan pemindahan program latihan teknikal.
04:29Dalam masa yang sama, kerjasama yang sangat bersepadu di antara duisi di Malaysia dan juga di China dalam meningkatkan kemahiran tenaga kerja.
04:41Sebab dia tak boleh berlaku satu pihak saja. Dia mesti berlaku secara kolaboratif.
04:44Of course, bila kita lihat penyelidikan ini memerlukan makmal yang inovasi yang fokus kepada aplikasi tempatan.
04:53Macam mana keperluan kita di negara kita, dari sudut pertanian tropika, kita melihat kepada produk di China, macam mana boleh adopt dengan keperluan di dalam negara.
05:05Dalam masa yang sama, perlu ada satu mature understanding, perjanjian IP berdasarkan kepada klausur tertentu ataupun co-creation untuk memastikan fokusian hak cipta itu yang seimbang.
05:19Dalam masa yang sama, kita lihat ia mampu harus mekanisme untuk membentuk, menghasilkan inkubasi sepadam.
05:28Salat ini sangat penting, merupakan pemacu bagi menghasilkan lagi industri-industri players dalam negara yang boleh dibentuk bersama dengan rakan-rakan, contohnya Alibaba Cloud, berdasarkan teknologi daripada China.
05:44Baik, selain daripada meliti kepada mekanisme, kita nak lihat bagaimanakah perjanjian kerjasama AI ini dapat menyumbang kepada pertubuhan ekonomi negara.
05:54Tadi pertama sekali, kita doktor ataupun prof ada kongsikan bagaimana ia dapat meningkatkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hub digital di Asia Tenggara
06:02dan antara mekanisme yang boleh dilakukan untuk pastikan transisi teknologi yang lebih lancar, yang boleh kita katakan lebih selamat.
06:09Tetapi kita nak lihat bagaimana ia menyumbang kepada sektor-sektor tertentu ini, seperti sektor idagang, logistik dan juga perkhidmatan kerajaan dalam government administration.
06:18Okey, Nina, kalau kita lihat kepada pertumbuhan ekonomi berdasarkan kepada e-commerce, e-dagang.
06:26Jadi, sekarang ini masyarakat, sama ada di Malaysia, di China dan global, kita melihat kepada pertumbuhan, peningkatan kepada penggunaan, penyebaran produk berdasarkan AI,
06:40melalui e-commerce, e-dagang. Jadi, seharusnya di situ, pengurusan inventory, automatic dan juga yang sangat penting adalah untuk memastikan tidak berlaku penipuan dalam transaksi.
06:53Dia nak aspek untuk mencegah penipuan transaksi. Itu adalah dari sudut sektor e-commerce yang boleh memberikan pendapatan yang lumayan di kalangan peniaga,
07:07especially melakukan peniaga tempatan. Seterusnya, dapat meningkatkan inovasi pengguna.
07:15Jadi, dari sudut ekonomi ini akan meningkatkan jualan, menambahkan daya sajian kompetitif yang sangat sihat.
07:24Jadi, dari sudut peningkatan kerajaan, ianya lebih kepada penggunaan teknologi yang bersifat AI.
07:35Contohnya, kalau kita memerlukan info, pelbagai bentuk info, kita sekarang ini pergilah mana-mana website, kita akan nampak, kita boleh berinteraksi dengan chatbot yang dikenali sebagai chatbot AI.
07:48So, dalam masa yang sama, contohnya mungkin ada chatbot MyRow. Saya rasa memang telahpun ada di kalangan, di kebanyakan sektor dan juga ministeri yang boleh adopt chatbot AI.
08:01Jadi, ini akan membantu dari sudut keperluan sistem keselamatan awam berdasarkan kepada penggunaan jualan AI.
08:11Jadi, saya melihat ini akan mengurangkan kos operasi, akan meningkatkan keyakinan pengguna dan juga pelabur.
08:20Jadi, dalam masa yang sama, kita nak memastikan negara ini akan terus dapat dikembangkan dari sudut penggunaannya dan juga dari segi peningkatan terhadap peluang-peluang pekerjaan.
08:34Contohnya, bila adanya hidagang, perkhidmatan kerajaan dan sebagainya dalam bentuk teknologi AI, ini akan membuka ruang kepada peluang-peluang pekerjaan.
08:44Jadi, contohnya, data, saiz data, dan dari segi logistik, dari segi software engineer dan sebagainya.
08:51Dan, seperti yang Prof kongsikan, manfaatnya sudah tentu banyak, seperti kita dapat saksikan, dapat meningkatkan lagi keyakinan pelabur, termasuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk pekerja-pekerja tempatan.
09:03Dan, kita dengar kerjasama yang diperkukurkan melalui perjanjian AI ini sudah tentu, it's good news for both of the countries, Prof.
09:09Tetapi, bukan mudah kerana kita lihat negara Malaysia dan China mempunyai keupayaannya masing-masing dan peraturan dan undang-undangnya yang tersendiri.
09:18Jadi, mungkin boleh kongsikan kepada kami, apakah antara cabaran yang mungkin timbul daripada pelaksanaan teknologi AI di Malaysia dan bagaimana ini boleh diatasi untuk memastikan integrasi yang lebih lancar dan pemanduhan kepada undang-undang tempatan?
09:34Ya, bila kita lihat kepada peraturan di Malaysia, of course kita ada privacy data.
09:41Bila privacy data yang sangat-sangat straightforward adalah PDPA.
09:46Jadi, sejauh mana PDPA ini boleh cover untuk data AI yang bersifatnya data biometrik, contohnya pengenalan wajah dan sebagainya.
09:57Ada tak, apa itu telahpun dirangkumi melalui PDPA tersebut.
10:02Jadi, mungkin di sini kena tambah baik supaya lebih komprehensif dalam merangkumi data AI.
10:12Yang kedua, dari sudut transparent ataupun ketelusan algoritma.
10:18Setiap teknologi yang dihasilkan itu adalah berdasarkan kepada struktur algoritma, arahan algoritma.
10:25Jadi, bila ada audit yang khusus terhadap penggunaan algoritma itu, ia akan mencegah dari segi biasnya kepada mana.
10:36Ia lebih bersifat transparent. Untuk apa?
10:38Untuk apa? Dari segi keperluannya dan nantijahnya adalah untuk kebaikan.
10:43Bukan untuk mengambil ruang di situ.
10:45Sebab kita tahu yang UI ini ada untuk kebaikan dan dalam masa yang sama boleh juga untuk kekurangan, untuk keburukan.
10:53Jadi, ketelusan algoritma itu melalui daripada audit, melalui sistem audit, badan-badan tertentu yang dilantik, boleh mengaudit algoritma yang dihasilkan dalam teknologi AI.
11:06Dan yang ketiga adalah undang-undang sedia ada sama ada sesuai ataupun tidak dalam sistem, melibatkan sistem.
11:13Dan yang keempat, dari sudut kemahiran pakar AI ini, haruslah dilihat dari segi kepentingannya untuk apa dan sebagainya, lebih-lebih lagi dalam melibatkan teknologi AI yang bersifatnya sangat kompleks.
11:27Macam mana ada kepakaran kita di Malaysia ini, ready tak untuk audit sistem-sistem AI yang lebih kompleks?
11:37Baik, itulah persoalannya bergerak ke hadapan. Adalah kita bersedia atau tidak untuk maju ke depan bersama AI dan bersama rakan kita lihat, rakan perdagangan utama Malaysia iaitu China.
11:48Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih kepada Prof. Dr. Zerati Ahmad Zukanan, merupakan Prof. Rangkaian Komputer dan Keselamatan Cyber Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM.
11:58Tentu banyak lagi perbincangan yang akan kami bawakan mengenai perkara ini dan saya akan teruskan dengan perkembangan seterusnya.

Recommended