Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian berkata Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi sentiasa pastikan tiada siapa yang terguris di sebalik agenda yang dibawa. #AWANInews
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Legasi yang paling ketara adalah bagaimana Al-Layarham cuba untuk mempamir sesuatu yang diiktiraf dengan ungkapan Mr. Clean Guy, seorang yang bersih untuk membawa kepada proses rundingan, partisipasi, bersifat akomodasi, menggalakkan sesuatu itu berlaku dan sentiasa memikirkan satu jalan penyelesaian yang bersifat konsensus.
00:29Dalam erti kata lain, kita melihat di situlah beliau muncul sebagai bapa kearah modal insan yang cuba diperlihatkan untuk melengkapi apa yang telah terpapar secara fizikal dan di situ juga diberikan pengiktirafan dengan membawa kepada gagasan Islam Hadari dan kemudiannya agenda besar misi nasional di bawah rancangan ke-9 serta apa yang sering diungkap sebagai
00:58cemerlang gemilang terbilang. Dan saya percaya sebagai seorang bapa pembangunan modal insan itu yang telah dibawa untuk melengkapkan kepimpinan beliau dari tahun 2003 sehingga ke 2009.
01:12dan sepanjang legasi itu sebagai seorang negarawan tanah air, Tun Abdullah Badawi telah membawa kepada apa yang menampakkan dasar keterbukaan, kebebasan yang lebih ketara dengan nilai-nilai yang bersifat responsif.
01:29ada nilai integriti, ada nilai good governance dengan perwatakan beliau yang dianggap sentiasa mahu memastikan tidak ada sesiapa yang akan terguris disebalik apa saja agenda yang dibawa oleh beliau.