Polis menahan seorang lelaki 25 tahun selepas memuat naik sebuah video yang mengaibkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di TikTok.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan polis selepas didapati memuat naik sebuah video mengaibkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di aplikasi TikTok.
00:11Ketua Polis Daerah Bacok, Superintenden Muhammad Ismail Jamaluddin berkata,
00:15suspek turut menuduh Anwar akan menipu orang ramai semasa kehadirannya pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani yang telah berlangsung pada 12 April di Pantai Irama Bacok.
00:26Video tersebut mengandungi kata-kata kesat dan jolokan tidak senonoh terhadap Anwar.
00:33Tindakan itu dipercayai dilakukan dengan niat membangkitkan ketegangan awam selain memboikot Majlis.
00:40Bertindak atas laporan diterima pada 11 April, polis menahan suspek dan merampas telefon bimbitnya untuk siasatan.
00:46Hasil pemeriksaan lanjut ke atas telefon bimbit suspek turut menemui kandungan video dan gambar lucah.
00:53Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Kesiksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,
01:00serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.