Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Ia memandangkan kedua-dua negara merupakan rakan dagang penting, justeru Indonesia tidak akan menyebelahi mana-mana pihak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Indonesia Prabowo Subianto menegaskan pendirian neutral negara itu dalam perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan juga China
00:07yang memandangkan kedua-dua negara itu adalah harakan dagang penting, justru Indonesia tidak akan menyebelahi mana-mana pihak.
00:15Prabowo bagaimanapun mengakui ketegangan antara dua kuasa besar terbabit memberikan impak signifikan kepada ekonomi global.
00:22Tambah Prabowo, mustahil untuk Indonesia memutuskan hubungan dengan China bagi mendapatkan kerjasama dari Amerika Syarikat ketika berunding mengenai tarif timbal balik 32% yang dikenakan ke atas barangan ekspor.
00:36Ia berikutan hubungan akrab antara Indonesia dengan China yang bertahan sejak sekian lama.
00:42Prabowo mengesahkan beliau sudah menghubungi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk berdialog tentang fospek tarif timbal balik melibatkan Indonesia.
00:50Setakat ini, Amerika Syarikat menggantung tarif timbal balik selama 90 hari ke atas kebanyakan negara kecuali China bagi membuka ruang diskusi.
00:58Untuk rekod, China meningkatkan tarif sebanyak 125% ke atas barangan impor daripada Amerika Syarikat,
01:06manakala Washington membalas dengan mengenakan tarif sebanyak 145%.
01:10Terima kasih telah menonton!

Recommended