Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Badan Peguam membayar ganti rugi RM340,000 kepada Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung tuntutan saman fitnah yang dikemukakan peguam berkenaan berkaitan dakwaan melanggar tanggungjawab statutori.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan badan peguam membayar ganti rugi RM340,000 kepada Tansi Muhammad Syafiq Abdullah berhubung tuntutan saman fitnah yang dikemukakan perguam berkenaan berkaitan tawaan melanggar tanggungjawab stasiateri.
00:16Hakim Dato' Ahmad Syahril Muhammad Saleh memerintahkan badan peguam membayar ganti rugi RM200,000 bagi kerosakan reputasi, RM100,000 kehilangan peluang profesional, RM20,000 tekanan mental dan kesihatan, serta RM20,000 bagi ganti rugi teruk.
00:33Ahmad Syahril memutuskan demikian selepas mendapati badan peguam sebagai defendant telah menyalahi undang-undang dengan benarkan dan menerbitkan usaha mengutuk peguam berkenaan selaku plentif sebelum merujuk kepada lembaga tata tertib pada 10 tahun lalu.
00:50Pada Mac 2015, Muhammad Syafiq telah menyaman badan peguam, bekas peguam negara Tansi Tommy Thomas dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tansi Risi Josh.
01:01Pada 26 Mei 2016, Mahkamah Tinggi menolak saman Muhammad Syafiq dan peguam itu juga gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 11 Oktober 2018 yang menyebabkan beliau membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.
01:17Pada 20 Oktober 2021, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Muhammad Syafiq dan memutuskan beliau berhak mendapat ganti rugi daripada badan peguam serta memerintahkan agar kes itu dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk tapsiran ganti rugi.
01:35Beliau mendakwa Thomas telah menerbitkan dan mengumumkakan usul pada 28 Februari 2015 untuk dibahaskan dalam mesyuagun tahunan ke-69 badan peguam pada 14 Mac tahun sama dan usul itu telah disokong oleh Josh.
01:50Usul itu berkaitan kelakuan Muhammad Syafiq sebagai timbalan pendakwa raya dalam rayuan satu kes liwat di Mahkamah Persekutuan yang mendakwa peguam itu telah melanggar peraturan profesyon perundangan melarang beliau meiklankan diri.
02:07Usul itu juga mendakwa Muhammad Syafiq telah mengambil bahagian dalam jiraya wara di seluruh negara dengan tujuan menghina seorang banduan yang telah disabitkan.
02:16Terima kasih telah menonton!

Recommended