Presiden China, Xi Jinping menyeru Vietnam mempertahankan kestabilan rantaian bekalan global ketika tekanan tarif AS meningkat terhadap kedua-dua negara Asia itu.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Presiden China Xi Jinping menyeru kerjasama antara China dan Vietnam untuk memelihara kestabilan rantaian bekalan global ketika gangguan perdagangan meningkat akibat tarif Amerika Syarikat.
00:11Beliau menegaskan perang perdagangan dan tarif tidak memberikan keuntungan kepada mana-mana pihak serta menyatakan bahawa dasar pelindungan bukanlah penyelesaian jangka panjang.
00:20Xi Jinping turut menyatakan semua negara perlu mempertahankan sistem perdagangan pelbagai hala, mengekalkan kestabilan rantaian industri dan bekalan global serta memelihara persekitaran perdagangan antarabangsa yang terbuka dan bersifat kerjasama.
00:38Vietnam kini sedang memperketat pengawasan terhadap perdagangan dengan China bagi memastikan produk yang dieksport ke Amerika Syarikat berlabel buatan Vietnam benar-benar mempunyai nilai tambahan domestik yang mencukupi.
00:50Langkah ini diambil sebagai tindak balas terhadap tekanan dari Washington yang mahu memastikan barangan yang diimport dari Vietnam tidak hanya melalui proses ringan atau pemasangan semata-mata sebelum dieksport ke Amerika.
01:03China merupakan pebekal utama barangan kepada Vietnam manakala Amerika Syarikat pula menjadi pasaran eksport terbesar negara itu terutama bagi produk elektronik, kasut dan pakaian.
01:13Lawatan Jinping ke Asia Tenggara yang bermula di ibu negara Vietnam, Hanoi merupakan sebahagian daripada siri lawatan tiga negara dan berlangsung ketika China berdepan dengan tarif Amerika Syarikat sebanyak 145%
01:27manakala Vietnam turut berisiko dikenakan tarif sebanyak 46% menjelang Julai.