Perang tarif antara AS dan China bukan sekadar konflik dua hala, tetapi merupakan peluang bagi negara-negara seperti Malaysia untuk mengisi kekosongan dalam rantaian bekalan global. Dengan pendekatan strategik dan pelaksanaan dasar yang mantap, Malaysia berupaya untuk muncul sebagai pemain utama dalam landskap perdagangan dunia yang sedang berubah.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Perang tarif antara Amerika Syarikat dan China merupakan peluang bagi negara seperti Malaysia untuk mengisi kekosongan dalam rantaian bekalan global.
00:09Penganalisis ekonomi Dr. Mohd Yusuf Sari berkata Malaysia dilihat sebagai calon ideal untuk memainkan peranan sebagai hub dagangan dan pelaburan baru
00:17bagi syarikat-syarikat China yang ingin mengekalkan akses ke pasaran Amerika Syarikat.
00:21China dikenakan cukai yang tinggi kepada US dan Malaysia dikenakan cukai lebih rendah kepada US.
00:30Mungkin sebahagian daripada operasi boleh dipindahkan ke Malaysia dan produk China tadi boleh di eksport ke Amerika melalui Malaysia.
00:42Jika ini boleh dilaksanakan, kita kena pastikan MOU itu perlu ataupun inisiatif ini perlu diterjemahkan secara pelaburan konkret.
00:51Pelaburan konkret ini bermaksudnya ada mekanisme pemantauan dan ada pelaporan kemajuan.
00:56Kita tidak mahu hanya datang sign MOU, lepas itu MOU itu kita hanya tidak pantau dan kita biarkan begitu saja.
01:03Tidak ada sebarang kemajuan ini.
01:05Lawatan Presiden Xi Jinping ke Malaysia bermula serasa hingga Kamis ini perlu dijadikan titik tolak kepada anjakan baru
01:12dan bukan sahaja dalam hubungan dua hala kedua negara.
01:15Tetapi juga dalam strategi jangka panjang Malaysia sebagai pusat perdagangan dan pelaburan serantau,
01:21yang relevan dan berdaya saing.