Tentera Israel mendakwa berjaya memintas peluru berpandu dari Yaman, dilancarkan oleh kumpulan Houthi sebagai sokongan terhadap Palestin susulan konflik berterusan di Gaza sejak 2023.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Tentera Israel mendakwa memintas sebuah peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman.
00:05Yesusulan kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman telah melancarkan dua peluru berpandu balistik ke arah pangkalan tentera berhampiran Tel Aviv.
00:16Pada awalnya tentera Israel menyatakan dua peluru berpandu dipercayai telah dilancarkan dari Yaman,
00:21namun kemudian mengesahkan bahawa hanya satu peluru berpandu telah berjaya dipintas.
00:26Sejak tercetusnya Perang Gaza per tahun 2023, kumpulan Houthi telah melancarkan pelbagai serangan
00:32menggunakan peluru berpandu dan drone ke arah Israel sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestine.
00:38Kumpulan Houthi menghentikan serangan mereka semasa genjatan senjata antara Israel dan Hamas yang bermula pada Januari,
00:44namun Israel melanggar genjatan senjata tersebut pada bulan Mac dan meneruskan serangan di Gaza.
00:50Serangan ketenteraan Israel telah menyebabkan lebih 50,000 rakyat Palestine di Gaza terbunuh.
00:56Hamas masih menahan 59 tebusan, manakala 192 individu telah dibebaskan ketika kejataan senjata berlangsung.