Hujan luar musim mengorbankan lebih 100 nyawa di India dan Nepal, termasuk enam yang maut apabila kuil di Bihar dihempap pokok tumbang. Jabatan Meteorologi India memberi amaran cuaca buruk akan berterusan sehingga minggu hadapan.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Lebih 100 nyawa terkorban sejak Rabu selepas hujan lebat luar musim melanda beberapa bahagian di India dan Nepal.
00:06Jabatan Kaji Cuaca turut meramalkan hujan berterusan di rantau itu dalam beberapa hari akan datang.
00:12Di daerah Nalanda, Bihar, 6 individu maut selepas batang pokok tumbang akibat angin kencang dan menghempap sebahagian kuil yang menjadi tempat mereka berlindung.
00:21Menurut Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Bihar, sekurang-kurangnya 82 orang terkorban dalam pelbagai insiden berkaitan hujan dalam tempoh dua hari lalu.
00:30Sementara itu, Jabatan Meteorologi India IMD telah mengeluarkan amaran mengenai beberapa risiko cuaca termasuk gelombang haba di bahagian barat serta ribut petir di kawasan tengah dan timur negara itu walaupun musim hujan lazimnya hanya bermula sekitar bulan Jun.
00:44Jabatan tersebut menjangkakan hujan beserta ribut petir, kilat dan angin kencang akan terus melanda tengah dan timur India sehingga Isnin ini.