Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Span dedah banyak syarikat luar negara ada projek berskala besar bernilai berbilion ringgit mencuri air terawat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sinar awal ini dimulakan dengan pendedahan suruhan jaya perkhidmatan air negara SPAN yang mendedahkan banyak syarikat luar negara terbabit melaksanakan projek berskala besar bernilai berbilion ringgit di seluruh negara, melakukan kegiatan mencuri air terawat bagi mengaut keuntungan berganda.
00:17Timbalan pendakwa raya SPAN Muhammad Suhairi Zakaria secara purata dalam 100 kes dan 40% daripadanya dibawa ke mahkamah untuk proses pendakwaan.
00:30Tindakan itu menyebabkan bukan sahaja rakyat Malaysia menghadapi masalah kekurangan bekalan air, malah operator air berdepan kerugian besar dengan ada kes mencecah RM500,000.
00:43Taktik syarikat berkenaan juga licik apabila syarikat asing itu membuka akaun bekalan air sementara untuk projek berkenaan sehingga projek siap.
00:54Bagaimanapun syarikat berkenaan melakukan penyambungan dengan menarik air terawat tanpa lesen.
01:00Demi mengaut keuntungan berganda.
01:02Perkara itu dikesan apabila bil air syarikat untuk projek itu hanya membabitkan beberapa ratus ringgit sahaja sebulan.
01:10Justeru katanya bagi menangani masalah semakin serius, pihaknya meningkatkan penguatkuasaan dan meminda Akta Industri Perkhidmatan Air Pindaan 2025 yang berkuatkuasa 15 Mac lalu.
01:22Katanya jika sebelum ini menerusi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, hukuman dikenakan adalah denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.
01:35Namun menerusi pindaan itu, denda dinaikkan sehingga RM1 juta, manakala penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
01:44Terima kasih telah menonton!

Recommended