Program Hari Bersama Komuniti (HBK) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Air Kuning di Tapah hari ini menjadi pemangkin kepada pemerkasaan komuniti setempat, menerusi pengenalan pelbagai perkhidmatan pintar.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Program Hari Bersama Komuniti HBK di Pusat Sebaran Maklumat Nasional Nadi Air Kuning di TAPAH pada ahad menjadi pemangkin kepada pemerkasaan komuniti setempat menerusi pengenalan pelbagai perkhidmatan pintar.
00:15Menurut kenyataan Suruhan Jaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC, program itu dapat memperkukuh agenda keterangkuman digital dan pembangunan komuniti di Dun Air Kuning menerusi pendekatan menyeluruh.
00:27Menurut kenyataan, program itu memperlihatkan penyertaan aktif pelbagai lapisan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti berimpak tinggi, berteraskan kemahiran, pembelajaran pembangunan, kendiri dan keusahawanan komuniti.
00:41Program dirasmikan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fazil.
00:45Antara pengisian utama HBK termasuk promosi perkhidmatan pintar Nadi yang memperkenalkan lima teras program pintar kepada pengunjung selain pendaftaran ahli baru dan penyertaan latihan digital.
00:58Turut diadakan taklimat keselamatan cyber dan etika penggunaan internet, program Nadi Prenor dan Empower Her yang memberi pendedahan asas keusahawanan.