Malaysia akan terus memainkan peranan bagi menghubungkan rantau ini, memperkukuh dialog, kerjasama dan persefahaman bersama antara negara anggota.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Malaysia sebagai pengurusi ASEAN akan terus memainkan peranan bagi menghubungkan rantau ini, memperkukul dialog, kerjasama dan persefahaman bersama antara negara anggota.
00:11Dan perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri Luar, Dato' Muhammad Alamin selaku ahli panel dalam sesi perbincangan sempena Forum Diplomasi Antalya 2025, ADF 2025 yang diadakan di Antalya, Turki.
00:25Muhammad berkata Malaysia komited untuk mengukuhkan kepusatan ASEAN dan memastikan ia kekal sebagai pemacu utama dalam hal ehwal serantau dan pada masa yang sama mendukung prinsip neutral dan berkecuali.
00:40Beliau turut menekankan komitmen Malaysia untuk berinteraksi secara konstruktif dengan kuasa-kuasa besar dunia dengan mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang dan berprinsip,
00:51walaupun berdepan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat.
00:54Dalam menangani ruang lingkup global yang sentiasa berkembang dan tidak menentu,
00:59Malaysia berhasrat memperkukuh kesepaduan dalam kalangan negara anggota ASEAN
01:04serta meningkatkan daya tahan dan kepekaan ASEAN terhadap cabaran serantau serta global.
01:10Muhammad juga menekankan pendekatan dasar luar Malaysia yang seimbang dan berprinsip
01:15dalam melibatkan kuasa global utama, khususnya dalam suasana geopolitik yang kian mencabar.
01:21Sesi itu turut menampilkan timbalan Menteri Luar Turki, Eberis Ikinci.