Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Letupan berlaku di luar pejabat Hellenic Train di Athens. Polis mengesahkan tiada kecederaan, dan bangunan telah dikosongkan selepas amaran bom diterima. Siasatan awal menunjukkan ia berpunca daripada bom buatan sendiri. Tiada pihak mengaku bertanggungjawab setakat ini.
Transcript
00:00Polis Gris memaklumkan satu letupan berlaku di luar pejabat Hellenic Train di Athens pada Jumaat.
00:06Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.
00:08Pihak polis segera mengawal kawasan tersebut selepas dua organisasi media tempatan menerima panggilan amaran bahawa satu bahan letupan akan diletupkan dalam tempoh 35 minit.
00:19Sesudahan itu, bangunan berkenaan telah dikosongkan setelah satu beg mencurigakan dikesan di kawasan tersebut.
00:25Menurut pegawai polis, siasatan awal menunjukkan letupan itu berkemungkinan berpunca daripada bom buatan sendiri.
00:32Bagaimanapun, tiada pihak setakat ini tampil mengaku bertanggungjawab atas insiden tersebut.
00:37Siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti dalang dan motif di sebalik kejadian.

Recommended