Azalina Othman Said bertemu Menteri Keadilan Vietnam untuk memperkukuh kerjasama undang-undang ASEAN. Antara yang dibincangkan ialah timbang tara antarabangsa, reformasi undang-undang dan keselamatan siber. Vietnam dijemput ke Forum Undang-Undang ASEAN 2025 di Kuala Lumpur.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Osman Said mengadakan pertemuan dengan Menteri Keadilan Vietnam, Mu Yan Haini di Hanoi semalam sebagai usaha memperkukuh kerjasama undang-undang antara kedua-dua negara.
00:15Pembincangan tertumpu pada usaha ASEAN secara kolektif untuk membina rantau ini sebagai hub penyelesaian pertikaian yang berkesan, boleh dipercayai dan progresif.
00:24Mereka turut bertukar pandangan mengenai cadangan pernyataan bersama oleh Menteri-Menteri Undang-Undang ASEAN serta membincangkan strategi dalam membangunkan timbang tara dan pengantaraan komersial antarabangsa.
00:37Kerjasama lain yang turut disentuh termasuk reformasi Undang-Undang Perniagaan, keselamatan dalam talian serta Undang-Undang berkaitan antirasuah.
00:45Azalina turut menjemput secara rasmi Mu Yan untuk menghadiri Forum Undang-Undang ASEAN 2025 yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur pada Ogos ini.
00:55Menurut beliau, forum tersebut adalah platform terbaik untuk mengukuhkan komitmen ASEAN terhadap kerjasama perundangan dan integrasi ekonomi serantau menerusi institusi Undang-Undang yang teguh dan tahan rasak.
01:05Pertemuan itu merupakan sebahagian daripada siri lawatan Azalina ke negara-negara ASEAN, susulan Malaysia mengambil alih ke pengurusian ASEAN bagi tahun ini.