Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Ketua Program Teach For Malaysia, Sawittri Shotiwuth Charun menyuarakan keperluan untuk memperkasa guru sekolah berkeperluan tinggi dalam usaha merapatkan jurang pendidikan di Malaysia. Beliau menegaskan guru memerlukan latihan literasi merentas kurikulum serta kemahiran mengurus emosi dalam menangani cabaran pelajar yang berdepan kekangan sosioekonomi dan kelewatan literasi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Selanjutnya, jurang pendidikan antara pelajar bandar atau luar bandar, pelajar berkeperluan tinggi dan pelajar arus perdana kekal sebagai cabaran utama sistem pendidikan negara.
00:12Menurut Ketua Program Teach for Malaysia, TFM, Sawitri Sotiwus Carun, guru memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang ini namun mereka juga memerlukan sokongan dan latihan yang bersesuaian.
00:25Kadang-kadang cikgu itu dah berusaha, dia nak buat projek-based learning, tapi murid tak datang sekolah. Kenapa murid tak datang sekolah? Mungkin sebab tak ada pengangkutan.
00:35So, you are seeing a lot of difficulties in your classroom. Apa yang kami lihat di program kami adalah ketika kami membantu guru menggunakan strategi social emotional learning.
00:46cikgu itu sendiri dia tahu macam mana nak regulate emosi dia sendiri, dia lebih dapat sustain stamina dia sebagai guru di sekolah berkeperluan tinggi.
00:59Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama Awani Pagi sempena sambutan Hari Guru 2025 pada Jumaat.
01:06Sawitri berkata pelajar di sekolah berkeperluan tinggi sering datang dengan pelbagai cabaran
01:11seperti kelewatan literasi, pendidikan awal yang tidak memadai atau faktor sosioekonomi yang membataskan peluang mereka.
01:19Jadi, memang cikgu-cikgu yang mengajar di sekolah berkeperluan tinggi itu memerlukan latihan yang khusus
01:24untuk dia menangani cabaran-cabaran unik di sekolah-sekolah berprestasi tinggi.
01:31So, contohnya adalah menggunakan strategi literasi, merentas kurikula.
01:37Maksudnya, walaupun you bukan cikgu bahasa Melayu, bukan cikgu bahasa Inggeris, walaupun kita mengajar sains, matematik,
01:44tapi kalau murid kita tak boleh baca, macam mana dia nak belajar sains, macam mana dia nak belajar matematik, macam mana dia nak belajar sejarah.
01:50Jadi, cikgu-cikgu kebanyakan macam di program kami, mengajar di sekolah berkeperluan tinggi, kita kata all teachers are literacy teachers.
02:00Semua cikgu kena tahu macam mana nak bantu murid-murid membaca dan menulis walaupun bukan di dalam mata pelajaran bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
02:10Beliau turut menyuarakan keperluan untuk melatih guru bukan hanya dari segi pedagogi, tetapi juga dari segi pengurusan emosi dan sokongan psikosocial,
02:18terutamanya apabila berdepan dengan pelajar yang tidak hadir ke sekolah kerana isu asas seperti ketiadaan pengangkutan.
02:25Katanya, usaha menangani jurang pendidikan ini memerlukan kerjasama kolektif pelbagai pihak.
02:30Tambahnya lagi, TFM berperanan sebagai jambatan antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Sekolah Kerajaan
02:36bagi membantu memperkukuh kapasiti guru serta menangani cabaran unik yang dihadapi di peringkat lapangan.
02:42Terima kasih telah menonton!

Recommended