Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan sebanyak 127,000 jawatan itu dipacu oleh perkembangan ekonomi semasa yang kekal memberangsangkan yang disokong oleh permintaan dalam negara yang berdaya tahan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Najib Aruf dan ini adalah Niaga Awani.
00:04Seperti biasa, kita akan membawakan perkembangan terkini berita tempatan juga antarabangsa berkait dengan perniagaan dan juga ekonomi.
00:11Dan pada pagi ini, kita akan membawakan seperti biasa Niaga Awani sesuai membuka tirai kami dengan data terbaru untuk kita melihat kedudukan semasa ekonomi dan juga gambaran lebih jelas ekonomi.
00:21Dan semalam, Jembatan Statistik Negara Dossum mengeluarkan angka berkaitan dengan pekerjaan dan juga tenaga buruh di Malaysia.
00:30Saya ingin membawakan kepada anda supaya kita dapat membaca keseluruhan sebelum kita mengulas bersama dengan tetamu kita pada pagi ini.
00:35Kalau kita melihat kepada apa yang dikeluarkan dari Dossum semalam, statistik guna tenaga untuk suku pertama 2025.
00:42Ini statistik yang penting untuk mengukur di mana tahap kita, berapa peluang pekerjaan yang disediakan, berapa peluang pekerjaan yang diisi dan berapa yang sudah pun bekerja pada ketika ini.
00:50Kalau kita melihat angka pertamanya, pada suku pertama 2025, 9.06 juta jawatan dalam sektor ekonomi yang diwujudkan dengan 97.9% jawatan sudah pun diisi dan bakinya 2.1% adalah kekosongan yang sedang mencari pekerjaan.
01:09Ini adalah grafnya supaya dapat kita melihat trend daripada suku tahun pertama 2022 sehinggalah kepada suku tahun pertama 2025.
01:20Kalau kita melihat pada suku tahun pertama, suku tahun kedua, suku tahun ketiga 2022, agak tinggi dari segi nilai dan juga peratusan pertumbuhannya.
01:29Ini adalah agak normal kerana kita baru keluar daripada pasca pandemik pada ketika itu dan hiring ataupun pelantikan pekerja baru sedang rancak dijalankan.
01:37Namun apabila ekonomi sudah pun kembali stabil dan pekerja sudah berpekerja, kita menyaksikan bahawa penurunan dari segi jumlah jawatan tahun ketahunya ditawarkan kerana sudah pun diisi pada tahun-tahun sebelumnya.
01:48Jadi pada suku tahun pertama 2025, 9.06 juta dengan 1.4% pertumbuhan.
01:56Okey, kalau kita melihat 62.4% jawatan yang diisi adalah jawatan di kategori separuh mahir.
02:03Kalau kita melihat pecahannya juga, dari segi tiga warna, mahir, separuh mahir dan juga berkemahiran rendah, untuk suku pertama tahun 2025, jawatan dengan kepakaran yang mahir adalah 25.1% diikuti oleh separuh mahir 62.4% dan berkemahiran rendah adalah sebanyak 12.5%.
02:26Begitu juga kalau kita lihat jawatan yang diisi pada suku pertama 2025, juga pecahannya menyaksikan separuh mahir masih lagi mendominasi dengan 62.5%.
02:36Dari segi kekosongan yang mencari pekerjaan, jawatan separuh mahir masih lagi memenuhi tuntutan tersebut dengan 56.3% diikuti oleh pengwujudan jawatan, berapa banyak jawatan yang diwujudkan dalam suku pertama tahun 2025, separuh mahir mendominasi dengan 62.5% diikuti oleh mahir 26.9% dan bakinya berkemahiran rendah sebanyak 10.6%.
03:04Okey, kalau kita melihat dari segi angka ini, jawatan mengikut sektor ini penting untuk kita lihat, 4.72 juta jawatan tertumpu kepada sektor perikmatan.
03:15Ini adalah sektor yang menyumbang secara besar kepada ekonomi negara. Kalau kita melihat yang pertama sekali perikmatan dengan nilai jawatan pada keseluruhan yang adalah 4.7 juta jawatan.
03:26Dan kalau kita melihat yang warna biru, inilah jawatan yang diisi iaitu 4.6 juta, lebih kurang 4.7 juta. Jadi 99.5% telahpun diisi dengan bakinya 25.2 atau 25 ribu kekosongan yang masih wujud dalam perikmatan.
03:43Dan juga itu perbezaannya, kalau kita melihat pertanian pula, bagaimana kita melihat bahawa lebih kurang 500 ribu telahpun diisi pada ketika ini jawatannya ada.
03:56Dan juga 467 ribu, 68 ribu telahpun diisi dalam sektor pertanian dengan peratusannya adalah 93.7% yang ini.
04:05Kalau kita melihat pembuatan, ini sektor yang sangat penting kerana E&E, sektor semiconductor dan sebagainya kilang. Ini memerlukan pekerjaan yang intensif, buruh intensif.
04:15Dan juga 2.5 juta jawatan yang ada, 2.38 ataupun 2.4 lah kita ambil, kita rangkumkan. 2.4 kita bundarkan, jawatan telahpun diisi pada suku pertama tahun 2025 dengan peratusannya 95.5%.
04:34Dan sektor perlombongan dan pengkuarian juga penting, 99.4% jawatan telahpun diisi dan juga terakhir sekali pembinaan, 1.2 juta jawatan yang tersedia, 1.2 juta juga telah diisi, 98% telahpun diisi pada suku tahun pertama 2025.
04:55Ini berdasarkan data yang dikeluarkan oleh DOSEM sendiri.
04:58Okey, kalau kita melihat trendnya, jawatan, kadar jawatan diisi dan juga kadar kekosongan pada suku tahun pertama 2022 sehinggalah kepada suku tahun pertama 2025.
05:08Kalau kita melihat pertama sekali warna yang kita perlu fokuskan adalah berwarna hijau ini, yang kecil ini.
05:15Kekosongan yang masih wujud adalah peratusannya masih kecil kerana telahpun diisi.
05:19Lumrah untuk suku tahun awal, suku tahun pertama, kedua dan ketiga ini adalah kebanyakan syarikat sedangpun melantik pekerja-pekerja kerana mereka adalah baru memulakan tahun kewangan baru.
05:29Maksudnya ada bajet lah, nak hire, nak lantik orang dan sebagainya.
05:32Sebelum menutup tahun pada suku keempat yang biasanya, lazimnya, tak banyak syarikat akan melantik pekerja pada tahun tersebut kerana ingin menutup tahun kewangan.
05:41Itu realitinya.
05:42Tapi kalau jawatannya diisi, kalau kita lihat warna yang biru, cair ini, ini adalah agak tinggi dari segi peratusannya dan juga belangan jawatan yang wujud juga semakin meningkat.
05:52Kalau kita lihat daripada seku tahun pertama 2022 sehinggalah kepada tahap ini, tidak jauh berbeza tetapi ada bezanya daripada 8.5 juta kepadalah 9.06 juta jawatan yang tersedia dalam ekonomi kita pada tempoh tersebut.

Recommended