Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke Turin, Itali dan Jerman bagi mengukuhkan hubungan pertahanan dua hala.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Lawatan rasmi dua hari, Menteri Pertahanan Datuk Seri Muhammad Khalid Nordin ke Turin sehingga 12 Mei lalu mengukuhkan lagi hubungan pertahanan antara Malaysia dan Itali.
00:11Lawatan itu juga bertujuan memantau kemajuan projek perolehan dua pesawat ATR-72 Maritime Petrol Aircraft MPA milik Tentera Udara Deraja Malaysia TUDM.
00:25Menurut Muhammad Khalid, ia merupakan salah satu daripada usaha memperkukuhkan pertahanan maritim Malaysia, terutama dari segi keupayaan melaksanakan operasi maritim udara MAO dan Risikan Pementauan dan Peninjauan ISR.
00:41Malah, perolehan dua pesawat daripada syarikat Leonardo SPA itu adalah susulan Pemeterayan Perjanjian Perolehan ketika Pameran Antarabangsa Maritim dan Ero Angkasa Langkawi ke-16 di Langkawi pada Mei 2023.
00:56Tambahnya, berteraskan pelan pembangunan keupayaan TUDM-2055 CAP-55, TUDM memerlukan 6 MPA menjelang 2035 yang dilaksanakan menerusi tiga fasa.
01:10Katanya, kelulusan perolehan dua pesawat MPA fasa satu ini di bawah Rolling Plan ke-4 RP-4 Rancangan Malaysia ke-12 dengan peruntukan sebanyak RM899 juta.
01:21Jelasnya, perolehan pesawat itu juga penting bagi membolehkan TUDM mempertingkatkan kesedaran domin maritim MDA melalui rondaan udara berterusan di laluan air strategik di Selat Melaka, Laut Cina Selatan dan Laut Sulu.
01:35Delegasi Malaysia turut disertai Panglima Tentera Udara Gen. Tan Sri Datuk Sri Muhammad Ashka Khan Goriman Khan TUDM dan Timbalan Ketua Setiausaha Dasar Kementerian Pertahanan Muhammad Yanni Daud.
01:48Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Muhammad Khalid mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB pada 13 hingga 14 Mei lalu di Berlin, Jerman.
02:02Forum Dewi Tahunan ini menghimpungkan pemimpin dan pegawai tertinggi negara yang menyokong misi pengaman di bawah pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB.
02:09Dalam mesyuarat dihadiri lebih 80 negara anggota PBB itu, Muhammad Khalid mengemukakan enam inisiatif baru sebagai Aku Janji Malaysia 2025.
02:19Antaranya mendaftar satu battalion infanteri untuk diatur gerak sebagai pasukan pengaman, meningkatkan keupayaan pasukan pemusnah bom dan tawaran kursus kepada anggota pengaman dari dalam dan luar negara.
02:30Muhammad Khalid turut mengambil kesempatan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Menteri Pertahanan Jerman Boris Pistorius dan Menteri Pertahanan Itali Cuedo Corsetto.
02:39Dedikasi Malaysia yang menyertai mesyuarat berkenaan adalah Muhammad Yanni Daud, Ketua Staf Markas Angkatan Deterra Malaysia, Lieutenant General Dato' Azhan Uthman dan Panglima Angkatan Bersama Lieutenant General Dato' Zahani Zainal Abidin TUDM.