Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Malaysia bebas daripada penyakit antraks sejak kes terakhir yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH) pada 1976.
Transcript
00:00Isi bebas daripada penyakit antraks sejak kes terakhir yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia WOH pada 1976.
00:09Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia DVS dalam kenyataan memaklumkan hingga kini tiada sebarang laporan berkenaan penyakit antraks di negara ini.
00:19Menurut DVS, pihaknya memandang siris wabak penyakit itu yang menyebabkan satu kematian manusia
00:24yang disahkan akibat jangkitan antraks pada satu Mei lepas seperti dilaporkan oleh Jabatan Kawalan Penyakit DDC Thailand.
00:32Kenyataan itu memaklumkan kes tersebut dikaitkan dengan penyembelihan lembu dan pengambilan daging mentah di daerah Dontan,
00:38wilayah Mugdahan di timur laut Thailand yang bersempadan dengan Laos.
00:43Ketika ini, DVS kekal waspada dan memohon jaminan daripada Thailand bahawa tiada haiwan dan produk haiwan
00:49yang disyaki dari kawasan berisiko tinggi antraks di eksport ke Malaysia.
00:53DVS memaklumkan penyakit antraks disebabkan oleh bakteria Bacillus anthracis
00:58dan merupakan penyakit zoonotik iaitu penyakit haiwan yang boleh menjangkiti manusia dan boleh membawa maut.
01:04Penyakit ini boleh menjangkiti ternakan dan manusia melalui kontak langsung dan spora yang dihasilkan oleh bakteria Bacillus anthracis.
01:12Antraks boleh menyebabkan kadar kematian yang tinggi pada haiwan ternakan
01:16dan antara tanda klinikal penyakit ini pada ternakan ialah kematian mengejut serta demam yang tinggi.
01:21Sebungan itu, penternak diminta melaporkan segera kepada DVS sekiranya mengesan sebarang tanda tersebut.
01:29Kenyataan itu memaklumkan sebagai langkah berjaga-jaga, DVS terus menjalankan aktiviti kawalan dan perjagaan
01:35demi memastikan negara sentiasa bebas daripada penyakit tersebut.
01:39DVS juga ingin menasihatkan dan menyeru penternak agar meningkatkan tahap biosekuriti ladang
01:44terutamanya menjelang Hari Raya Korban yang akan datang.

Recommended