Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengeluarkan kompaun terhadap lima individu bulan lalu kerana memberi makanan kepada burung merpati di tempat awam.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Strasya Majulis Bandar Raya Pulau Pinang, MBPP mengeluarkan kompaun terhadap 5 individu bulan lalu kerana memberi makanan kepada burung merpati di tempat awam.
00:10Menurut MBPP dalam kenyataan melalui Facebook pada Ahad, individu berkenaan dikenakan tindakan penguatkuasaan Kod Seksyen 47, Kurungan 1, Akta Jalan, Parik dan Bangunan 1974 yang memperuntukkan kompaun RM250 bagi setiap kesalahan.
00:25Mereka juga boleh dikenakan tindakan mahkamah sekiranya masih ingkar atau tidak membayar kompaun bagi kesalahan terbabit.
00:34Mereka didapati sengaja membuang sisa makanan dengan tujuan memberi makan kepada burung merpati di tempat awam.
00:41Walaupun hebahan dan pendidikan awam sudah dilaksanakan MBPP, katanya masih ada individu yang tidak mengendahkan nasihat berkenaan.
00:48Menurut MBPP, statistik pada April lalu merekodkan sebanyak 818 ekor merpati ditangkap dalam operasi kawalan populasi merpati berjadual di seluruh lokasi panas hotspot.
01:00Serentak dalam pelaksanaan operasi itu, MBPP melalui Jabatan Kesihatan Pesekitaran juga memusnahkan 36 sarang burung gagak pada April lalu.
01:09MBPP berkata sebagai langkah preventif berterusan, MBPP menyusun atur tindakan pemantauan dan operasi kawalan populasi merpati untuk dilaksanakan setiap hari mengikut lokasi yang ditetapkan dalam senarai pemantauan ketat.