Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang vokalis kumpulan muzik 'skinhead' dipukul sekumpulan individu dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru pada Sabtu.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Polis menjalankan siasatan berhubung dawaan seorang vocalist sekumpulan muzik Skinhead dipukul sekumpulan individu dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru pada Sabtu.
00:11Menurut Ketua Polis Zairah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisional Raup Selamat, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat susulan video tular di media sosial yang memaparkan kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 10.30 malam.
00:24Beliau bagaimanapun berkata, setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak termasuk saksi atau mangsa.
00:32Polis telah memulakan siasatan sebaik menerima maklumat kejadian tular ini pada malam ahad.
00:36Justeru katanya orang ramai diminta untuk tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.
00:41Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
00:47Terdahulu tular dua video yang memaparkan insiden tersebut di mana video pertama dalam tempoh 59 saat dan video kedua dalam 58 saat.
00:56Hantaran tersebut mendakwa vokalis tersebut diserang dan dipukul sekupulah lelaki dengan beberapa keping gambar kesan kecederaan turut dikongsikan.