Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Pertama kalinya, petugas kesihatan menggunakan tablet digital ketika melakukan pemeriksaan terhadap jemaah haji, menjadi lebih mudah dan tepat.
Transcript
00:00Untuk pertama kalinya, hikmat kesihatan Jemaah Haji Malaysia di Tanah Suci menggunakan tablet digital ketika melakukan pemeriksaan kesihatan.
00:09Penyelaras Operasi Unit Kesihatan Awam Tabung Haji, TH, Dr. Abdullah Husam Syukur berkata,
00:15teknologi itu membolehkan program lawatan kesihatan dari bilik ke bilik di setiap maktab lebih pantas, teratur dan menyeluruh.
00:23Ikuti laporan Jejak Haramain, Zalfarifin dan Azizul Azwar.
00:26Ini adalah rutin pasukan kesihatan bagi memastikan Jemaah Haji sentiasa dipantau secara terperinci.
00:35Ada masa sikit tak?
00:37Ada doktor, dekat klinik kita dekat tingkat 3. Boleh datanglah.
00:42Kalau yang pesakit koronik itu, dah bawa ubat dah.
00:46Alhamdulillah. Okey, yang itu pun bagus juga lah.
00:48Haji, bagi tahu pasal itu. Sini suka saya terangkan, sekiranya ubat dah bawa daripada Malaysia,
00:55contohnya macam ubat kolesterol, kerja manis, darah tingga.
00:59Yang itu nanti Haji boleh makan seperti biasa, tapi guna waktu makan waktu Arab Saudi, bukan waktu Malaysia.
01:07Dia macam solat kita juga. Solat di mana waktu solat, di situ kita. Supaya kita tak keliru lah.
01:13Ada soalan lain lagi kah?
01:17Kita tahu ni, Tabung Haji telah berkalkan kami dengan tablet.
01:21Dengan tablet ni pun kami boleh ada SIM card, ada capaian.
01:24Terus sekarang ni, kalau kita pergi ke Jemaah tersebut, dalam sistem tu, kita boleh tengok terus maklumat saringan.
01:30Katanya melalui penggunaan tablet ini, petugas kesihatan dapat mengakses sistem IC-HUD dengan sistem MyVest secara dalam talian.
01:44Satu perubahan ketara berbanding kaedah manual yang menggunakan buku rekod yang diamalkan pada musim haji sebelum ini.
01:51Transformasi digital ini katanya menjadikan kerja petugas kesihatan lebih efisien kerana dapat mengetahui dengan segera status kesihatan jemaah.
02:03Sama ada kategori hijau, sihat, kuning, bersiko atau merah penyakit kronik.
02:09Selain kesihatan umum, Dr. Abdullah Husam berkata, ziarah ini turut membantu mengesan kes-kes penyakit tidak dilaporkan, termasuk penyakit mata dan luka ringan.

Recommended