Malaysia mengutuk rancangan Israel untuk mengusir lebih dua juta penduduk Palestin dari Gaza, menyifatkannya sebagai pembersihan etnik dan pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Malaysia mengutuk serangan Israel untuk mewujudkan kependudukan berterusan di Gaza dengan mengusir secara paksa lebih 2 juta penduduk Palestine dari wilayah itu, menyifatkannya sebagai tindakan pembersihan etnik.
00:13Dalam kenyataannya, Wisma Putra menyatakan pelaksanaan kawalan ketenteraan ke atas bantuan kemanusiaan serta pengusiran sistematik terhadap orang awam merupakan pelanggaran secara terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa.
00:26Ia turut memaparkan sikap angkuh Israel yang terus-menerus mencabar peraturan serta norma undang-undang tersebut.
00:35Justru Malaysia menolak sebarang alasan atau kewajaran yang mengusir rakyat Palestine dari Gaza memandangkan tindakan ini jelas satu bentuk pembersihan etnik.
00:44Wisma Putra turut menegaskan pencerobohan Israel yang kini melangkaui sempadan Palestine termasuk serangan udara ke atas pelabuhan Hodedah di Yemen,
00:51lapangan terbang antarabangsa sana serta beberapa lokasi lain di rantau itu menunjukkan kekejaman berleluasa Israel yang mengancam nyawa orang awam serta kestabilan serantau.
01:02Malaysia turut menggesa masyarakat antarabangsa melalui pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB agar segera mengambil tindakan
01:08sambil menegaskan bahawa sekatan terhadap Gaza dan serangan ke atas orang awam mesti dihentikan serta-merta.
01:15Malaysia mengulangi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap hak rakyat Palestine untuk menentukan nasib sendiri
01:20dan menubuhkan sebuah negara Palestine yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitul Maktis Timur sebagai ibu negara.
01:29Terima kasih kerana menonton!