Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan tular di TikTok yang mendakwa seorang pegawai kanannya menekan Datin Seri Pamela Ling Yueh, wanita yang dilaporkan hilang sejak 9 April lalu untuk menyelesaikan isu penceraian dengan suaminya semasa siasatan dijalankan.
Transcript
00:00Selepas ini, Suruhanjaya Perjagaan Rasuah Malaysia SPRM menafikan dakwaan Tular dalam satu video di TikTok yang mengatakan seorang pegawai kanan SPRM mendesak Datin Sri Pamela Ling untuk menyelesaikan isu perceraian dengan suaminya semasa disiasat.
00:16Siasatan dalam mana SPRM menunjukkan pegawai tersebut tidak terbabit langsung dalam penyiasatan kes terhadap Pamela dan tidak pernah berjumpa dengan beliau.
00:23SPRM berkata pegawai itu telah membuat laporan polis dan aduan pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau MCMC berhubung kandungan video tersebut yang disifatkan sebagai fitnah dan berniat jahat.
00:37SPRM menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan berunsur fitnah yang boleh mengganggu siasatan.
00:44Terdahulu seorang peguam dan aktivis hak asasi manusia dalam satu video mendakwa wujudnya unsur tekanan dan campur tangan tidak wajar SPRM ketika siasatan yang melibatkan wanita yang hilang sejak 9 April lalu itu.
00:59Sampai jumpa di video selanjutnya.

Recommended