Nurul Izzah Anwar mengesahkan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menerusi hantaran di sosial media, Izzah berkata, keputusan yang perlu diambil bukanlah yang paling mudah atau paling selesa, tetapi ia lahir daripada satu bentuk tanggungjawab.
Menerusi hantaran di sosial media, Izzah berkata, keputusan yang perlu diambil bukanlah yang paling mudah atau paling selesa, tetapi ia lahir daripada satu bentuk tanggungjawab.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Baik, menurut Izzah Hanuah sah pertanding untuk jawatan timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat PKR, dalam satu antaran di media sosial, Izzah berkata keputusan yang perlu diambil bukanlah yang paling mudah atau selesa, tapi lahir daripada satu bentuk tanggungjawab.
00:18Mengulas lanjut mengenai persepsi parti anak beranak, beliau menjelaskan ia bukan satu serangan baru terhadapnya.
00:25Malah sejak 1998, ketika dia bersama-sama menubuhkan keadilan, label ini telah digunakan untuk memperlekehkan perjuangannya.
00:34Tambahnya lagi, serangan yang sama dilemparkan ketika dia menang jawatan naik Presiden dengan undian tertinggi pada tahun 2010, 2014 dan 2018.
00:43Tegas Izzah lagi, dia tetap akan terus berkhidmat kerana yakin bahawa proses bertanding adalah untuk memperolih mandat daripada akar umbi, bukan satu bentuk nepotisma.
00:52Kata Izzah, sekiranya dia menang dalam pemilihan kali ini, dia tidak berminat dengan jawatan kabinet.
00:58Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli yang juga ahli Parlimen Pandan merupakan penyandang jawatan timbalan Presiden.
01:05Sejak beberapa hari lalu, ramai pemimpin tertinggi dan peringkat cabang menyatakan sokongan kepada Izzah untuk merebut jawatan nombor dua tersebut.
01:12Pada 2022, jawatan itu dimenangi oleh Datuk Seri Rafizi Ramli selepas menewaskan bekas setiausaha agung PKR Datuk Seri Saifrin Nasuddin Ismail.
01:20Gelombang sokongan terhadap Nurul Izzah muncul selepas Rafizi mengambil cuti susulan pemilihan peringkat cabang PKR yang menyaksikan kekalahan beberapa tokoh penting yang berpihak kepadanya.
01:31Pencalonan Pemilihan PKR 2025 bagi Peringkat Majlis Pimpinan Pusat, MPP, AMK Pusat dan Wanita Pusat akan berakhir pada 11.59 malam Jumaat.
01:42Kongres Nasional PKR akan berlangsung pada 24 Mei ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persadar Johor Bahru.