Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka, pada Khamis, atas empat pertuduhan melakukan rompakan terhadap empat wanita pada Februari dan April lalu.

Tertuduh, Ahmad Reezqan Jaliludin, 31,  membuat pengakuan demikian terhadap kesalahan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727315/berita/semasa/lelaki-menyamar-penghantar-makanan-nafi-rompak-empat-wanita

#SinarHarian #BeritaSemasa #kesrompakan #mahkamah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Melaka pada Kamis atas empat pertuduhan melakukan rompakan terhadap empat wanita pada Februari dan April lalu.
00:11Tertuduh Ahmad Rieskan Jaliludin, 31 tahun bagaimanapun, membuat pengakuan tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hadariah Siri.
00:20Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan rompakan ke atas harta milik Nilah Afrilah dan melarikan beg tangan mengandungi sebuah telefon bimbit serta barangan lain dianggarkan bernilai RM2,500.
00:33Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lorong Jalan Rumah Pangsa Bacang Permai Melaka kira-kira jam 9 suku malam pada 23 Februari lalu.
00:42Tertuduh juga didakwa merompak tiga wanita lain di kaki lima pasar raya Kipmol dan kawasan letak kereta lotos peringgit Melaka pada pada 22 dan 23 April 2025.
00:54Kesemua kesalahan berkenaan didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Mahkamah menetapkan 17 Jun depan untuk sebutan semula kes.
01:03Pada April lalu, Sina Harian melaporkan seorang lelaki menyama sebagai penghantar makanan dicekup di Malim, Melaka kerana dipercayai melakukan jenayah ragun.

Recommended