Muhammad Zaimuddin Azlan atau dikenali sebagai Abang Belon, yang cedera dalam insiden kekecohan bersama penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 28 Mac lalu, akan memulakan tindakan terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, lapor wartawan Sinar Harian, Izwan Rozlin.
Peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, berkata, satu surat rasmi telah dihantar kepada pihak DBKL hari ini bagi mendapatkan butiran lengkap pegawai penguat kuasa yang terlibat dalam kejadian tersebut sebelum tindakan undang-undang diambil di mahkamah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727210/berita/semasa/kes-abang-belon-peguam-mulakan-tindakan-terhadap-dbkl
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesabangbelon #DBKL
Peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, berkata, satu surat rasmi telah dihantar kepada pihak DBKL hari ini bagi mendapatkan butiran lengkap pegawai penguat kuasa yang terlibat dalam kejadian tersebut sebelum tindakan undang-undang diambil di mahkamah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727210/berita/semasa/kes-abang-belon-peguam-mulakan-tindakan-terhadap-dbkl
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesabangbelon #DBKL
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Dan dua minggu lagi ini dia akan pergi lagi sekali untuk menerima rawatan lanjut dan juga ubat-ubatan yang dibekalkan oleh unit yang berkenaan.
00:09Yang itu yang pertama. Keduanya kita berterima kasih kerana ada beberapa insan yang datang ke hadapan dan bersetuju untuk membantu beliau dengan ingin bawa beliau ke hospital hospital swasta berkenaan, kepada pakar-pakar radiologi berkenaan, kepada pakar-pakar sakit belakang atau sakit tulang yang berkenaan untuk mendapatkan opinion kedua dan opinion ketiga.
00:39Yang ini kita akan lakukan sebentar waktu lagi. Dan hari ini kita telah secara rasmi ya menulis kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur. Kita telah menulis kepada pengarah Jabatan Undang-Undang dan Pendakwaan di BKL dan kita juga telah menulis kepada pengarah bahagian penguatkuasaan atau unit penguatkuasaan di BKL
01:05untuk menyatakan bahawa Saudara Zaim telah pun secara rasmi memohon penama-penama pegawai-pegawai penguatkuasaan di BKL yang terlibat dalam insiden malam itu
01:19untuk dibekalkan nama-nama dan pangkat mereka kerana kita merasakan ada keperluan mendesak untuk memulakan tindakan undang-undang sivil terhadap pihak pegawai-pegawai berkenaan.
01:34Dan surat telah pun diutus melalui email dalam jam lebih kurang pagi tadi tengah hari tadi dan akan dihantar secara tangan kepada tiga yang telah dinamakan tadi Datuk Bandar
01:47pengarah bahagian pendakwaan dan Undang-Undang di BKL dan pengarah bahagian penguatkuasaan di BKL
01:54dan yang keempat kita juga dimaklumkan bahawa kertas siasatan bagi kes ini sekarang masih berada di Jabatan Peguam Negara
02:05dan masih belum dipulangkan sama ada nak tuduh ataupun tidak
02:09sesiapa yang terlibat di dalam insiden yang tular tersebut. So itu adalah perkembangan-perkembangan dia
02:14kita juga ingin ucapkan terima kasih ramai yang hubungi saya, ramai yang hubungi Cikgu Bat, ramai juga yang hubungi ibu beliau
02:22untuk memberi bantuan kepada beliau. Beliau sekarang ini masih lagi pakai brace
02:30brace tu yang masih, the back support tersebut masih ada lagi, masih lagi belum boleh diberi rawatan atau pembedahan hernia tersebut
02:42kerana sakit belakangnya tu masih ada lagi.