Dua individu telah tampil membuat laporan polis berhubung rakaman audio yang mengaitkan bekas Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dalam dakwaan konspirasi politik melibatkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, lapor wartawan Sinar Harian, Izwan Rozlin.
Peguam Mohamad Ali, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, laporan polis oleh kedua-dua saksi itu dibuat secara sukarela masing-masing pada 4 dan 5 Mei lalu di Balai Polis Batang Tiga, Melaka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727206/berita/semasa/dua-saksi-buat-laporan-polis-berhubung-rakaman-audio-libatkan-ketua-menteri-melaka
#SinarHarian #BeritaSemasa #KonspirasiPolitik #KMMelaka #audioRauf
Peguam Mohamad Ali, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, laporan polis oleh kedua-dua saksi itu dibuat secara sukarela masing-masing pada 4 dan 5 Mei lalu di Balai Polis Batang Tiga, Melaka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727206/berita/semasa/dua-saksi-buat-laporan-polis-berhubung-rakaman-audio-libatkan-ketua-menteri-melaka
#SinarHarian #BeritaSemasa #KonspirasiPolitik #KMMelaka #audioRauf
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Pada 1 hari bulan 5, 1 Mei 2025, anak kom saya, Dato' Sri Muhammad Ali, telah tampil ke hadapan dan bawa laporan polis di IPD Dangwangi.
00:17Kemudiannya, kes ini telah diambil alih siasatan oleh unit siasatan jenayah terkelas Bukit Aman.
00:25kerana ianya mempunyai watak-watak dan personaliti-personaliti penting yang perlu disiasat.
00:35Beberapa hari selepas 1 hari bulan 5 tersebut, kita masih lagi tidak melihat apa-apa pergerakan secara rasmi oleh yang dinamakan dalam laporan polis itu untuk tampil membuat laporan polis mereka sendiri.
00:53Sebaliknya, personaliti-personaliti yang terlibat yang dinamakan dengan jelas di dalam laporan polis tersebut hanya membuat penafian dan ataupun tidak melakukan sebarang perkara.
01:07Kita boleh sahkan pada tanggal 4 hari bulan 5, iaitu 3 hari selepas Dato' Sri Muhammad Ali buat laporan, pada tanggal 4 hari bulan Mei 2025, jam lebih kurang 11.36 malam.
01:26malam, salah seorang saksi yang boleh mengesahkan, siapa yang bercakap, salah seorang saksi yang boleh mengesahkan perkara ini, telah tampil untuk membuat laporan polis berkenaan perkara ini.
01:44Selepas itu, seorang lagi saksi pada 5 hari bulan Mei 2025, jam 00.01 pagi, iaitu 12.01 awal pagi, telah juga tampil untuk membuat laporan polis.
02:04Kedua-dua saksi tersebut telahpun secara rela hati membuat laporan polis dan, yang ini yang penting, pada masa yang sama, memohon perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 Akta 711.
02:26Secara jelas, kedua-dua saksi ini telahpun mengesahkan permohonan mereka di dalam kedua-dua laporan polis tersebut dan mereka memohon untuk mendapat perlindungan di bawah Akta tersebut.