Selama 40 tahun berkhidmat dengan Tabung Haji, Zamry menjadi saksi hidup melihat perubahan dari helaian kertas kepada dunia digital.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Baik, selama 40 tahun berbakti kepada Jemaah Haji, sejak berusia 19 tahun, Muhammad Zamri Muhammad Nur tidak pernah jemur dan sabar menyantuni Jemaah Haji semak ada di tanah air mahupun di tanah suci.
00:13Dan Oktober tahun ini adalah yang terakhir bagi beliau sebagai petugas haji. Ikuti kisah Muhammad Zamri yang usianya hampir mencecah 60 tahun dan laporan bersama Zaiful Arifin dari Mekah Al-Mukarramah.
00:24Mula menyertai tabung haji pada tahun 1985, Muhammad Zamri yang berasal dari Kelantan kini menjawat jawatan pengurus khidmat luar.
00:35Saya sebenarnya 40 tahun tabung haji dulu, memang saya mula masuk kerja itu secara manual. Pasport, tulis tangan. Lencana nama, tulis tangan.
00:51Gelang ni, gelang tak ada. Gelang selepas keseluruh terowong. Semua tulis tangan. Urus-urusan kuk keluarga pun menggunakan manual.
01:05Alokasi bilik guna manual. Semua manual.
01:08Segalanya berubah selepas tabung haji berpindah ke Menara Tihij Jalan Tun Razak dan Muhammad Zamri terlibat dalam membangunkan sistem baru pengurusan jemaah.
01:18Kini evolusi teknologi maklumat dengan aplikasi digital memudahkan pengurusan serta perkongsian informasi kepada jemaah.
01:26Menyentuh mengenai pengalaman yang menyantuni tetamu Allah di tanah suci, Zamri menifatkan ia sebagai satu tanggungjawab yang berat.
01:33Haji ni pergerakan daripada Malaysia dan 31,600 orang bergerak daripada Malaysia.
01:42Lepas tu daripada Jeddah, daripada Madinah masuk ke Mekah.
01:47Mekah pergi ke Arafah. Arafah, Mustalifah, Mustalifah.
01:53Mina, Mina masuk Mekah. Tawas, semua pergerakan.
01:56Memiliki kesihatan yang baik, koordinasi yang baik, kerjasama yang erat antara jemaah dengan petugas insyaAllah.
02:05Biasanya kalau kita petugas rapat dengan jemaah haji, petugas saling memahami jemaah haji insyaAllah.
02:11Segala masalah itu dapat diselesaikan.
02:13Pernah diangkat sebagai pengurus cawangan termuda pada usia 29 tahun,
02:18Muhammad Zamri juga memegang jawatan pengarah operasi Jeddah, pengarah operasi Mekah dan pengarah operasi Masyair.
02:25Beliau turut terlibat ketika tragedi terowong Mina pada 1990,
02:30kebakaran khemah di Mina pada 1997 dan kerin tumbang di Masjid Al-Haram pada 2015.
02:38Bapa kepada lima anak dan tiga cucu ini bakal bersara pada usia 60 tahun Oktober ini.
02:43Zaiful Arifin, Astro Awani