Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah bertindak tegas dalam membanteras kegiatan samseng jalanan dan ubah suai motosikal secara haram dengan merampas serta melupuskan lebih 14,000 komponen motosikal yang tidak mengikut spesifikasi, lapor wartawan Sinar Harian Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Kedah, Superintenden Abdel Nasser S Salleh berkata, pelupusan komponen motosikal ini melibatkan ekzos, swing arm, enjin, karburetor, ECU, tayar dan pelbagai aksesori lain yang didapati telah diubah suai secara tidak sah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727128/berita/semasa/polis-kedah-lupus-lebih-14000-komponen-haram-gempur-samseng-jalanan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #LupusBarang #SamsengJalanan
Transcript
00:00Polis Kedah bertindak tegas dalam membanteras kegiatan Samsung jalanan dan ubah suai motosikal secara haram dengan merampas serta melupuskan lebih 14,000 komponen motosikal yang tidak mengikut spesifikasi.
00:12Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontingen Kedah, Superintenden Abdul Nasser S. Saleh berkata,
00:18pelupusan komponen motosikal ini melibatkan exhaust, swingarm, engine, karburator, ECU, tayar dan pelbagai aksesori lain yang didapati telah diubah suai secara tidak sah.
00:28Menurutnya, operasi penguatkuasaan Ops Has Motosikal dan Ops Samsung Jalanan yang dijalankan sepanjang 2024 hingga kini telah berjaya mengita sebanyak 14,050 liter merampasan
00:40dengan sebahagian besar daripadanya terdiri daripada 6,970 exhaust dan 5,183 swingarm.
00:48Beliau berkata, pelupusan dilakukan dalam beberapa fase menggunakan kaedah gate leg dengan star roller bagi memastikan aksesori yang disita tidak boleh digunakan semula.
00:57Kalau dia tak buat, tak buka balik aksesori yang menyalahi undang-undang ini, dia akan mengalami kerugian.
01:05Bukan murah.
01:06Exhaust, tayar, swingarm, semua melibatkan kos yang boleh mencecah ribuan ringgit.
01:14Kita nak beri mesej, beri kesadaran pada publik.
01:17Jangan tunggu polis sampai.
01:19Tapi kalau dah terkesan, pihak polis dah mengesan,
01:24tak ada pilihan lah.
01:27Kita akan sita dan akan lupuskan.
01:29So, itu adalah tindakan tegas yang kita jalankan
01:33dan akan berterusan sehingga masalah rempit di negeri kita ni,
01:39kita akan hapuskan sepenuhnya.
01:41InÅŸallah.

Recommended