Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Tiada tempat untuk pembuli, apatah lagi buli OKU - Asyraf Wajdi

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan tiada tempat untuk pembuli apatah lagi membuli orang kurang upaya (OKU).

Beliau mengulas berhubung satu rakaman video tular dipercayai insiden buli yang berlaku di GiatMARA Durian Tunggal, Melaka menerusi video yang dimuat naik di akaun X miliknya.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #kesbuli #Asyrafwajdi

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Mara, Datuk Dr. Ashraf Wajdi Dusuki menegaskan tiada tempat untuk pembuli apatah lagi membuli orang kurang upaya, OKU.
00:12Beliau mengulas berhubung satu rakaman video tula dipercayai insiden buli yang berlaku di Giat Mara Durian Tunggal, Melaka menerusi video yang dimuat naik di akal media sosial miliknya.
00:21Dalam kenyataan itu, Datuk Dr. Ashraf menyatakan semua individu termasuk pelatih yang didakwa menjadi mangsa buli di institusi berkenaan baru-baru ini akan dipanggil pihak pengurusan bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan.
00:35Jelasnya, beliau juga sudah mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif Giat Mara, Ahmad Hamdi Ibrahim supaya mengambil tindakan segera berhubung insiden berkenaan.
00:43Menurut Datuk Dr. Ashraf, siasatan awal mendapati kejadian itu adalah gurawan kasar sesama pelatih ketika menjalani latihan di Giat Mara tersebut sebelum ini.
00:53Tambahnya, kini semua pelatih berkenaan sedang menjalani latihan industri dalam bidang teknologi kimpalan dan fabrikasi logam.
01:00Datuk Dr. Ashraf menegaskan, Mara tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk perbuatan buli sama ada secara fizikal atau mental.
01:07Baru-baru ini, tular di media sosial klip video berdurasi 2 minit memaparkan seorang pemuda mendakwa terdapat pelatih berstatus OKU masalah pembelajaran menjadi mangsa buli di Giat Mara Durian Tunggal.
01:19Sementara itu, Exko Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ihwal Agama Melaka, Datuk Rahmat Mariman berkata kejadian buli tersebut berlaku pada Februari lepas namun baru ditularkan dan berdasarkan siasatannya, pelajar yang terlibat sudah dipanggil oleh Mara.
01:37Terima kasih telah menonton!

Recommended